Pemain KUFC dipuji walaupun tewas dengan JDT – Sukan


KETUA Jurulatih Kelantan United FC (KUFC), Ailton Dos Santos Silva memuji usaha pemainnya walaupun tewas 0-2 kepada Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu.

Ailton berkata, pemainnya mempamerkan semangat dan usaha menentang pasukan yang jauh lebih kuat.

“Prestasi yang baik, pemain gigih berjuang menentang lawan yang lebih kuat.

“Bukan mudah bagi mereka tetapi pemain terus berjuang untuk memberi yang terbaik untuk pasukan,” katanya.

Bergson dan Forestieri membantu JDT meraih tiga mata penuh ketika aksi berdepan Kelantan United. — Facebook/MFL

KUFC bagaimanapun berjaya menahan juara bertahan Liga Super, JDT hampir tiga suku perlawanan sebelum tunduk dengan kekalahan 0-2.

Dalam perlawanan tersebut, dua penyerang berbisa JDT, Fernando Forestieri dan Bergson da Silva membantu Harimau Selatan meraih tiga mata penuh di laman lawan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Mereka faham, ikut perancangan’, Yusri Che Lah lebih bersedia berdepan JDT – Sukan

Next Post

Aidil Zafuan ‘kalah’ dengan Azrif Nasrulhaq – Sukan

Related Posts