Pemain gantian pukul penjaga gol, kelab tamatkan kontrak serta-merta – Sukan


BOLA sepak bukan tempat untuk melakukan aktiviti kekerasan namun lain pula jadinya apabila perlawanan Liga Thailand Divisyen tiga Zon Selatan antara pasukan MH Nakhonsi menentang Muang Trang dicemari insiden keganasan antara pemain.

Perlawanan yang diadakan di laman Nakhonsi itu berjaya menewaskan pasukan lawan 2-1 namun ia tidaklah berjalan lancar apabila berlaku insiden pemain tuan rumah menumbuk penjaga gol Muang Trang.

Pada minit ke-72, semasa pasukan tuan rumah mendahului 2-1 menerusi jaringan Andre Luis, pemain gantian MH Nakhon, Tarathep Panmanee secara tiba-tiba masuk ke dalam padang dan menumbuk penjaga gol Muang Trang, Jarudet Lamoud.

Panmanee kemudian meraikannya seolah-olah dia yang menjaringkan gol dan pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada pemain tersebut.

Selepas perlawanan, pasukan Muang Trang United mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan bersedia untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Memberi respons terhadap kenyataan itu, MH Nakhonsi sudah mengeluarkan kenyataan mengenai memberi hukuman dan penalti kepada Tarathep Panmanee dengan larangan oleh Liga Thai selama semusim.

Bukan itu sahaja, pasukan tersebut juga mengesahkan pemain itu dikenakan pemotongan gaji sepanjang tempoh dia digantung.

Selain daripada pemain tersebut, pegawai pasukan yang turut serta meraikan tindakan Panmanee juga dikenakan penggantungan sebanyak dua perlawanan dan dipotong gaji 50 peratus untuk baki musim ini.

Namun terbaharu, berdasarkan laman Facebook rasmi MH Nakhonsi, pasukan tersebut memutuskan untuk membatalkan kontrak Panmanee sebagai tanda tidak menyokong tindakan tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Anda memalukan rakyat Sarawak,’ giliran bekas kapten Ngap Sayot bersuara – Sukan

Next Post

‘Masih lagi bro,’ Ketiadaan anak jati Kedah bersama skuad Sang Badak akhirnya terjawab – Sukan

Related Posts