Pemain EPL ditahan disyaki atas kesalahan seksual kanak-kanak

SEORANG bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Jutawan itu yang juga sering bermain untuk skuad negaranya ditahan pada Jumaat, dan polis mengadakan serbuan ke atas rumahnya.

Mirror bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemain tersebut atas faktor perundangan.

Polis mengeluarkan kenyataan memaklumkan seorang bintang bola sepak ditahan minggu lepas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Polis Greater Manchester di United Kingdom dalam satu kenyataan berkata: “Polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun pada Jumaat 16 Julai 2021 kerana disyaki atas kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

“Dia diberi jaminan polis sementara menunggu siasatan lanjut.”

Kelab pemain mengesahkan Mirror Football bahawa bintang tersebut telah ditahan polis. – Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kenali cinta hati Max Verstappen, rupa-rupanya anak legenda F1

Next Post

Bekas pemain bola sepak menangis didapati bersalah merogol, lakukan serangan seksual pada kanak-kanak

Related Posts