Pemain bola sepak wanita PSG ditahan atas dakwaan menyerang rakan sepasukannya

POLIS Perancis menahan pemain tengah Paris-St. Germain, Aminata Diallo bagi menyiasat kemungkinan penglibatannya dengan serangan kejam terhadap rakan sepasukannya Kheira Hamraoui.

PSG dalam satu kenyataan berkata Diallo berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan ke atas serangan minggu lalu.

Mereka bagaimanapun tidak menamakan pemain yang diserang.

Hamrouai diserang pada petang 4 November selepas perhimpunan pasukan di Paris.

Dia telah yang mengalami kecederaan di kaki dan tangan dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Menurut Times, dia kini pulih, tetapi tiada butiran tambahan mengenai keadaannya terkini.

Diallo menggantikan Hamraoui dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada Selasa ketika PSG menentang Real Madrid.

Perlawanan tersebut dimenangi PSG 4-0. – Yahoo Sports

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Manchester United yakin Brendan Rogers bakal jadi pengganti Solskjaer

Next Post

Gimnas Amerika Syarikat disembur serbuk lada dalam serangan perkauman

Related Posts