Pemain bola sepak Rusia Smolov kutuk Putin, perang ke atas Ukraine

PENYERANG Dynamo Moscow, Fedor Smolov menjadi pemain bola sepak Rusia pertama yang secara terbuka mengutuk pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

Rusia memulakan serangan agresif ke atas negara jirannya pada awal pagi Khamis selepas diberi lampu hijau oleh presiden, Vladimir Putin.

Tentera melintasi sempadan di beberapa tempat, manakala pertempuran dan letupan telah dilaporkan di seluruh Ukraine.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Ukraine panik, selamatkan diri… berpusu-pusu ke bank, beli barang keperluan

ARTIKEL BERKAITAN: Rusia isytihar perang ke atas Ukraine, apa sebenarnya sedang berlaku?

Kematian dilaporkan dan masyarakat antarabangsa bersatu dalam mengecam tindakan Putin.

Terdapat demonstrasi kecil menentang peperangan itu, di Rusia, tetapi Smolov merupakan pemain bola sepak berprofil tinggi pertama yang bersuara menentang Putin.

Menerusi laman Instagram, pemain Dynamo Moscow berusia 32 tahun itu menulis, ‘No war’ (tidak pada peperangan) berserta emoji patah hati dan bendera Ukraine dengan latar belakang warna hitam.

Smolov menjaringkan tujuh gol menerusi15 penampilan dalam Liga Perdana Rusia musim ini. – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Padah amuk pada pengadil, Alex Zverev disingkir dari Terbuka Mexico

Next Post

Perang Rusia-Ukraine: Anak perempuan tidak setuju Abramovich diharamkan memiliki Chelsea

Related Posts