Pemain Aleksandar Dragovic bikin kecoh tampar kepala ahli politik

PEMAIN pertahanan Austria, Aleksandar Dragovic sering dipuji kerana prestasinya yang cemerlang untuk skuad negara dan kelab sebelumnya.

Namun, beliau juga mempunyai sejarah dengan menimbulkan kekecohan apabila menampar seorang ahli politik.

Mengimbas kembali ketika beliau menjadi pemain di kelab Switzerland, FC Basel, antara 2011 dan 2013, sebuah video tersebar menunjukkan beliau seorang ahli politik Switzerland.

Kejadian berlaku sewaktu Basel memenangi Piala Swiss pada 2013 dan ketika itu mereka sedang meraikan kemenangan trofi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mangsa yang ditampar itu adalah Ueli Maurer, seorang ahli politik Switzerland dan kini merupakan ketua Jabatan Pertahanan, Perlindungan Awam dan Sukan Persekutuan.

Hanya menunjukkan sedikit kekesalahan, Dragovic menyifatkan kejadian itu ‘amat menghiburkan’.

Walau bagaimanapun, bukan semua berpandangan sama, dan Dragovic perlu ke bangunan Parlimen dengan membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Maurer. – Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penonton terkejut, payung terjun tiba-tiba mendarat dalam stadium ketika perlawanan bola

Next Post

KEMASKINI: Perlawanan EURO 2020

Related Posts