‘Peluang cerah ke Round 3’, fans Harimau Malaya lega Malaysia dalam kumpulan D – Sukan


AKHIRNYA lawan Harimau Malaya dalam kejohanan Pusingan Kedua, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sudah pun diketahui selepas Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Chinese Taipei atau Timor-Leste.

Walaupun Malaysia berada di ranking 136 dunia, ia dilihat tidak akan menghalang skuad kebangsaan untuk mendapat peluang beraksi di Pusingan Ketiga, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan prestasi semasa pasukan.

Kali terakhir Malaysia bertemu Oman ialah pada 2015 yang mana Harimau Malaya tewas dengan jaringan 0-6 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Al-Seeb, Oman.

Manakala Kyrgyzstan pula kali terakhir bertemu negara republik itu di Stadium Hang Jebat, Melaka yang mana menyaksikan skuad kebangsaan tewas tipis dengan keputusan 0-1 pada 2018.

Bagi Chinese Taipei pula skuad kebangsaan tewas dengan keputusan 2-0 ketika kali terakhir bertandang ke negara itu bagi perlawanan persahabatan.

Timor-Leste pula pernah dimalukan oleh Harimau Malaya dengan agregat 12 jaringan dalam Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2019.

Khairul Azhan (kiri) cuba menyelamatkan percubaan daripada pemain Oman pada 2016.

Namun rekod sebelum ini tidak boleh diambil kira selepas Kim Pan-gon tiba mengubah 360 darjah persembahan Harimau Malaya dalam masa tempoh yang singkat.

Dengan prestasi semasa serta kehadiran pemain warisan dan naturalisasi baharu, ia memberi harapan buat pemain ke-12 meletakkan kepercayaan tinggi untuk saingan kali ini.

Perlawanan terakhir Malaysia ialah ketika membenam mudah Papua New Guinea dengan keputusan 10-0 yang mana membuktikan jurang kualiti Harimau Malaya dengan gergasi Asia semakin dekat.

Kesebelasan utama Harimau Malaya ketika melayani kunjungan Kyrgyzstan pada 2018.

Rata-rata penyokong Harimau Malaya berpuas hati dengan undian kali ini yang dianggap lebih mudah berbanding edisi terdahulu.

“Boleh ini, cabaran lebih kepada Oman dan Kyrgyzstan sebab pasukan Timur Tengah dan Asia Tengah,” kata Jason Kng.

“Alhamdulillah luck Malaysia dalam kumpulan mudah,” luah Addin Mahmmed.

“Masih 50-50, kita dengan Oman rekod tak berapa menyebelahi harap Pan-gon buat persiapan apa yang patut,” ujar Hadi Taftazani.

“Boleh layak pusingan ketiga ini, hello Piala Dunia kami datang,” jelas Mohamad Muaz. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dulu bintang bola sepak kini calon YB, ketahui portfolio 2 legenda Kedah atas padang – Sukan

Next Post

Selain Lee Tuck, 4 bintang naturalisasi pernah ada lebih satu bos dalam Liga Malaysia – Sukan

Related Posts