Pecah rekod! Jersi nombor 7 Ronaldo laku keras

CRISTIANO Ronaldo berjaya memecahkan rekod penjualan jersi paling laris sejak kembali ke Manchester United.

Jersi nombor 7 menjadi rebutan peminat United sejak pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu diumumkan akan kembali menyarungnya.

Pengeluar barangan sukan terkenal, Adidas dilaporkan bertungkus lumus memenuhi permintaan hanya dalam tempoh 12 jam selepas pengumuman rasmi bahawa bintang berusia 36 tahun itu kembali ke Old Trafford.

Sementara itu jualan dalam talian mencatat jumlah tertinggi dalam sehari untuk mana-mana barangan sukan di luar Amerika Utara.

Dalam rangkaian Fanatics, Ronaldo kini menjadi pemain paling laku dalam tempoh 24 jam sejak kepulangannya ke kelab Inggeris itu. – Mirror.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Esports League 2021 berakhir dengan cemerlang bagi musim pertama

Next Post

“Saya tak berhenti senyum” – Jadon Sancho luah rasa teruja sertai Manchester United

Related Posts