Paulo Josue berpeluh pergi Terengganu – Sukan


ISU tunggakan gaji dalam Liga Malaysia (Liga M) semakin hangat mendapat perhatian penyokong bola sepak selepas lebih daripada tiga buah kelab didakwa mengalami masalah tersebut.

Antara pasukan yang sudah mengesahkan mengalami masalah tersebut ialah Kelantan FC, Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) namun dalam usaha untuk menyelesaikan isu terbabit sebelum Liga Malaysia musim ini berakhir.

Menerusi perkongsian video dalam media sosial, pemain naturalisasi kebangsaan, Paulo Josue berseloroh tentang isu tunggakan gaji tersebut dipercayai semasa perjalanan ke Terengganu menjelang perlawanan pusingan kedua Piala Malaysia 2023 pada Jumaat.

Dalam video itu, Paulo yang merupakan kapten pasukan kelihatan berpeluh dan dalam pesawat penerbangan kerana sistem penghawa dingin tidak berfungsi.

Menjawab pertanyaan dalam video, Paulo berseloroh dengan berkata, “tiada gaji for aircond” sekali gus membuatkan indvidu tersebut tertawa.

Paulo yang sudah berkhidmat selama enam tahun bersama KL City menjadi antara pemain import yang paling berjaya sejak penubuhan pasukan itu.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan pihak pengurusan KL City sanggup melakukan pinjaman peribadi bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji.

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stanley Bernard terpaksa mengeluarkan wang sendiri.

“Saya punya pinjaman peribadi hampir RM300,000 untuk kelab ini dan Stanley pun mungkin dalam jumlah tersebut.

Jaminan pinjaman yang kami beri untuk ‘personal guarantee’ sebanyak RM2 juta. Itu untuk dapatkan tempoh pinjaman, untuk tempoh bayaran pinjaman itu lama.

“Kita juga ada mendapat tajaan-tajaan tertentu termasuk daripada syarikat yang kecil dengan jumlah RM50,000. Ini sedikit sebanyak dapat menampung urusan pembayaran gaji pemain yang menelan perbelanjaan sehingga RM1.2 juta sebulan.

“Kita komited untuk memastikan gaji pemain dibayar dan tidak tertunggak lebih dua bulan,” katanya ketika sidang media di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu menceritakan bahawa masalah kurang mendapat dana dan pihak penaja utama iaitu Rinani Group Berhad (Rinani) disahkan sudah menarik diri daripada menjadi pelabur utama naib juara Piala AFC 2022 itu.

Khalid bagaimanapun menepis dakwaan tunggakan gaji selama empat bulan itu dan menyatakan selama dua bulan sahaja para pemain skuad Warga Kota menerima layanan sebegitu rupa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas bintang Kedah beri petanda sertai JDT? – Sukan

Next Post

Idam cetak gol, Tchetche Kipre mahu benam TFC, bantu KL ke final Piala Malaysia – Sukan

Related Posts