‘Patut Hong Wan kena kad merah’ — Insiden panas warnai aksi TFC-JDT – Sukan

IBARAT perlawanan akhir Piala FA 2022, Johor Darul Takzim (JDT) menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.

Pertembungan itu bagaimanapun menyaksikan perlawanan seimbang antara kedua-dua pasukan yang saling berbalas serangan sebaik sepak mula bagi memburu gol pembukaan.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke-32 menerusi sepakan deras oleh Bergson da Silva.

Tersentak dengan jaringan itu, Terengganu terus menggandakan asakan bagi menyamakan kedudukan menerusi beberapa percubaan.

Fernando Forestieri melepaskan satu rembatan kencang ke arah gawang gol lawan. — Facebook/JDT

Bersambung babak kedua, JDT tidak menunggu lama untuk mengandakan jaringan apabila Fernando Forestieri melepaskan satu rembatan kencang ke arah gawang gol lawan.

Skuad Penyu cuba bangkit melalui jaringan gol sepakan pecuma oleh Hakimi Abdullah yang menewaskan Farizal Marlias.

Perlawanan semakin panas apabila berlaku beberapa insiden kekasaran yang berlaku diantara kedua-dua pemain pasukan.

Menjadi pertikaian penonton di stadium apabila pemain JDT, Nathaniel Shio Hong Wan tidak dikenakan layangan kad kuning kedua oleh pengadil bertugas apabila dia mengasari Syafik Ismail pada minit ke-75.

Kedua-dua pasukan masing-masing tidak menunjukkan kepenatan apabila rancak silih berganti memburu gol.

Penyokong tuan rumah tidak berpuas hati dengan sikap Leandro yang sering menjatuhkan badan. — Facebook/JDT

Dalam ruangan komen Facebook, rata-rata penyokong Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang tidak melayangkan kad merah kepada Hong Wan dan ada juga yang tidak berpuas hati dengan sikap Leandro yang sering menjatuhkan badan.

“Berat betul pengadil Malaysia ini, sliding tackle 2 kaki macam itu tak kena kad lagi? lawak betul pengadil Malaysia ini,” kata Mizan Zakaria.

“Ref penakut betul, patutnya Hong Wan itu kena kad merah itu, Syafik Ismail siap terbang lagi bila kena tackle,” jelas Coca Chola.

“Leandro, kena tolak sikit jatuh, tackle sikit jatut lutut lembik betul, ingatkan JDT ini tak suka delay game rupanya sama sahaja,” ujar Man Nik.

Dengan keputusan itu, Terengganu jatuh satu anak tangga di kedudukan ke-6 dengan mengumpul 17 mata, manakala JDT terus berada di puncak liga dengan 38 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Aksi tarian import The Bos Gaurus warnai kekalahan TRW – Sukan

Next Post

Piala AFC: Azri Ghani wira KL City, mara ke final zon ASEAN – Sukan

Related Posts