Pan-gon mahu kami jadi seperti harimau, bukan budak sekolah — Faisal Halim – Sukan


SEDAR atau tidak, Kim Pan-gon kini hampir memasuki tahun keduanya bersama Harimau Malaya selepas dilantik sebagai ketua jurulatih pada 21 Januari 2022.

Dia yang tiba dengan tanggungjawab besar untuk mengubah nasib pasukan negara dilihat cukup mudah dalam memikul peranan tersebut.

Selain berjaya menerapkan gaya permainan terbaik, jurulatih berusia 54 tahun tersebut juga cukup mahir memilih pemain terbaik untuk diturunkan bagi setiap perlawanan.

Di luar padang pula, Pan-gon juga memiliki karakter bersahaja yang membuatnya cukup rapat dengan pemain serta penyokong bola sepak tanah air.

Ciri-ciri terbabit membuatkan namanya kian mekar dengan ramai pihak berharap agar khidmatnya bersama Harimau Malaya dapat diteruskan untuk tahun-tahun mendatang.

Pan-gon memikul tanggungjawab yang diberikannya dengan cukup baik.

Namun, di sebalik personalitinya yang ramah, Pan-gon masih dihormati, terutama dalam kalangan anak-anak buahnya yang sanggup mencurahkan keringat buat jurulatih kelahiran Korea Selatan itu.

Antara yang menyanjung pengendali berpengalaman tersebut ialah penyerang sayap negara, Faisal Halim yang melabel Pan-gon sebagai jurulatih terbaik pernah dimilikinya.

“Sepanjang lapan tahun saya bermain secara profesional, coach Kim adalah yang terbaik boleh saya katakan, yang pernah membimbing saya.

“Apabila kita turun berjuang, kita tidak pernah fikir mengenai kekalahan dan fikir untuk kemenangan mahupun seri. Itu yang kami ditekankan,” katanya kepada Astro Arena.

Faisal boleh diangkat sebagai salah seorang tonggak utama Harimau Malaya.

Pujian terbabit boleh dianggap sebagai satu kata-kata penghormatan cukup tinggi terhadap Pan-gon memandangkan Faisal pernah menerima bimbingan beberapa jurulatih ternama, termasuk Nafuzi Zain dan Tan Cheng Hoe.

Namun, ia tidak wajar dipertikaikan memandangkan penyerang tersebut menemui rentak terbaiknya bersama Harimau Malaya ketika berada di bawah kendalian bekas pengendali Hong Kong itu.

Selain beberapa kali diberikan peranan kapten, Faisal juga kerap menjaringkan gol penting tahun-tahun kebelakangan ini yang sekali gus menambah baik reputasi skuad kebangsaan.

“Dia mahu karakter kami seperti harimau, dia mahu kita menjadi seperti harimau dan jangan menjadi seperti ‘budak sekolah’. Itu yang coach Kim tekankan setiap kali kem latihan,” kata Faisal lagi.

Penyerang Selangor FC itu juga diramal bakal menjadi salah seorang ayam tambatan buat Harimau Malaya ketika Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Januari akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Gara-gara kad merah, pengarah kelab Brazil hampir pecahkan pintu bilik VAR – Sukan

Next Post

Bekas penggempur Kijang Hijau antara 3 ancaman Republik Kyrgyz menentang Harimau Malaya – Sukan

Related Posts