“Paling mudah pecat Koeman…” Busquest akui semua pemain perlu bertanggungjawab

PEMAIN tengah Barcelona, Sergio Busquest mengakui yang situasi Barcelona kini boleh dikatakan agak kritikal dan mendakwa perkara paling senang adalah memecat pengurus pasukan, Ronald Koeman.

Kelab Catalan itu berdepan situasi paling getir, kebuntuan mata pada dua aksi awal Liga Juara-Juara termasuk tunduk 0-3 kepada Benfica.

Keadaan sekarang adalah yang pertama kali dalam sejarah kelab itu tewas dalam aksi pembukaan di pentas Eropah sekali gus meletakkan peluang mara ke peringkat kalah mati makin sukar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula kemarau gol, Lukaku pening kepala tembus pertahanan Juventus

ARTIKEL BERKAITAN: Guardiola akui ‘jatuh cinta’ dengan Marco Verratti

Berbicara tentang kedudukan Koeman, Busquests merasakan apa yang sedang dihadapi sekarang adalah tanggungjawab semua orang dalam kelab.

“Sukan untuk dijelaskan. Pada akhirnya, segalanya ditentukan ketika berada dalam kawasan penalti dan kami tidak cukup klinikal.

“Kami masih lagi memiliki kemampuan, kami mencipta peluang cuma gagal menjaringkan gol. Apabila situasi ini gagal dimanfaatkan, pihak lawan akan ambil kesempatan.

“Perkara paling mudah adalah memecat Koeman namun kami semua ada tanggungjawab. Kami berada dalam situasi yang cukup kritikal.

“Kami perlu memikirkan tentang penambahbaikkan dan melepasi peringkat kumpulan.” — Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penonton boleh masuk stadium bermula 29 Oktober – MFL

Next Post

Esok final Copa Amerika lawan Brazil, Martinez sempat lagi main PlayStation

Related Posts