Pahang target balas dendam tapi Dollah resah tiada 2 tonggak – Sukan

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh mengingatkan anak buahnya supaya tidak dibuai dengan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan sebelum ini sebaliknya menjadikan pertemuan berdepan Penang FC di laman lawan pada Khamis, sebagai misi balas dendam.

Beliau berkata, Sri Pahang FC perlu menebus kekalahan 2-5 di tangan Penang FC pada 23 Julai lalu yang menyaksikan skuad Tok Gajah tersingkir di pentas suku akhir Piala FA.

“Walaupun Penang FC di kedudukan tercorot Liga Super, kita kena ingat kita pun pernah kalah dalam pertemuan hari tu.

“Walaupun kita dapat tiga kemenangan sebelum ini dan seri 2-2 dengan Melaka dalam perlawanan pada 13 Ogos lalu, bagi saya, apa yang penting ialah pemain-pemain Pahang jangan terbayang-bayang dengan kemenangan tersebut.

Dollah (kiri) tidak mahu pemain-pemainnya dibuai kemenangan lepas. — Facebook/Sri Pahang FC

“Kita terus fokus dalam perlawanan…dan kita tahu Penang FC di bawah kendalian Datuk Zainal Abidin Hassan mesti ada perancangan tersendiri sebab kita sudah tahu kelemahan dan kekuatan masing-masing,” katanya kepada Majoriti.

Bagaimanapun, beliau berkata, dia dibelenggu kerisauan apabila beberapa pemain utamanya mengalami masalah kesihatan dan mungkin terpaksa direhatkan pada perlawanan itu nanti.

“Saya ada kerisauan, sebab sekurang-kurangnya lima pemain berdepan masalah kesihatan.

“Shahrul Nizam Nadzir mungkin tidak dapat bermain kerana menghidap denggi, begitu Kevin Ingreso kerana tidak sihat.

“Saya agak risau kerana Kevin makin menyerlah dan dia umpama tonggak pasukan sekarang. Jadi kehilangan dua tonggak ini pasti meresahkan sebab perlu teliti semula pengganti mereka,” katanya.

Manuel Hidalgo (kiri) mungkin akan diturunkan dalam skuad utama menentang Penang FC. — Facebook/Sri Pahang FC

Tambahnya, Manuel Hidalgo juga masih dalam proses pemulihan tapi dia menunjukkan perkembangan positif yang mungkin membolehkan pemain sayap dari Argentia itu diturunkan dalam skuad utama.

“Yang dua lagi pemain tu adalah pemain simpanan, jadi kita cuma asingkan sementara daripada skuad utama kerana mereka dijangkiti influenza.

“Saya fikir mereka keletihan kerana perlawanan terlampau dekat. Baru-baru ini Melaka tiada game, tapi kita dah game ketiga jadi tahap kecergasan dan kesihatan pemain amat merisaukan,” katanya.

Begitupun Dollah menaruh harapan bahawa anak buahnya akan mempamerkan aksi terbaik berdasarkan prestasi semasa pasukan yang semakin meningkat.

“Pemain kena kekalkan prestasi Pahang sekarang tapi saya tahu nak kekalkan bukan senang. Saya percaya pemain akan bagi yang terbaik,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ada penyokong Kedah berpaling tadah, harap Sabah menang – Sukan

Next Post

Tampil lebih garang Liga Super musim depan, TRW dapat suntikan sponsor tambahan RM1.1 juta – Sukan

Related Posts