Padang antara 3 kemudahan ditambah baik di SSMZA demi aksi ‘friendly’ Harimau Malaya – Sukan


PIALA Asia 2023 yang bakal diadakan pada Januari tahun depan semestinya cukup dinanti-nantikan penyokong bola sepak tanah air.

Meskipun berdepan cabaran yang cukup besar setelah undian peringkat kumpulan dibuat, tempoh yang cukup lama untuk saksikan pasukan kebangsaan di pentas sebegitu pasti membakar semangat orang ramai.

Jadi, dengan adanya kira-kira tujuh bulan sebelum pertandingan tersebut membuka tirainya, persediaan rapi mula dibuat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Selain menyediakan fasiliti lengkap, skuad Harimau Malaya juga dijadualkan akan mengadakan aksi persahabatan bagi mencipta keserasian antara pemain.

Tambahan pula, perlawanan sebegitu mampu menjadi medan buat ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk menilai kesebelasan utama terbaik untuk dibawa ke Qatar sempena Piala Asia.

Berdasarkan jadual Harimau Malaya berpandukan kalendar FIFA, mereka bakal berdepan Yaman dan Kepulauan Solomon pada 14 dan 20 Jun akan datang.

Namun, dengan venue utama mereka iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur masih sedang dalam proses baik pulih, perlawanan itu akan diadakan di lokasi berbeza.

Stadium berusia 15 tahun itu dipilih sebagai venue untuk aksi persahabatan pasukan negara.

Menerusi satu pengumuman daripada FAM sebelum ini, mereka sudah memilih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu selepas aksi persahabatan sebelum ini diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Venue tersebut dipilih kerana ia mampu menampung sehingga 50,000 penonton dalam satu-satu masa di samping usaha FAM untuk melebarkan sayap bola sepak negara ke Pantai Timur.

Bagaimanapun, stadium berkenaan kerap berdepan isu fasiliti dan kemudahan sebelum ini sehingga penyokong Terengganu FC juga pernah berkali-kali mengkritik usaha penyelenggaraan.

Dalam memastikan kesemua pihak berpuas hati dengan keadaan semasa, pihak pengurusan memilih untuk menaik taraf serta memperbaiki stadium berusia 15 tahun itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook Bahagian Infrastruktur Dan Kemudahan, Majlis Sukan Negeri Terengganu, mereka sempat berkongsi suasana semasa fasiliti tersebut.

“Bahagian Infrastruktur & Kemudahan, Majlis Sukan Negeri Terengganu mengambil peluang sepanjang Liga Malaysia 2023 berehat dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan padang secara menyeluruh.

Kerja-kerja penyelenggaraan mula dibuat di stadium berkenaan. — Facebook/Bahagian Infrastruktur Dan Kemudahan, Majlis Sukan Negeri Terengganu

“Pada Ramadan lalu, kerja-kerja penyelenggaraan padang agak terbatas disebabkan jadual penggunaan oleh pasukan Terengganu FC terlalu padat,” tulisnya.

Sebelum ini, keadaan padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dikritik kerana dikatakan tidak diselenggara dengan baik sehingga kelihatan tompok kekeringan.

Namun, usaha mereka dilihat tidak terhenti di situ apabila mereka turut menyatakan beberapa kemudahan lain, termasuk surau akan ditambah baik.

“Kerja-kerja pembaikian tandas juga akan dijalankan tidak lama lagi dan buat masa ini, pihak kontraktor sedang mengenal pasti saluran paip air buang yang tersumbat setiap tandas serta melakukan penyelenggaraan sistem skmbahan utama.

“Kerja-kerja pembaikian lampu sebenarnya sudah dimulakan. Buat masa ini, pihak kontraktor yang dilantik sedang menunggu lampu limpah dari kilang sampai dan akan melakukan kerja pembaikian secara serentak,” tulisnya.

Dua aksi persahabatan Harimau Malaya itu dijangka akan membantu mereka berada di kedudukan lebih baik dalam ranking FIFA sekiranya mereka mampu mencatatkan kemenangan.

Skuad Harimau Malaya kini berada dalam prestasi terbaik selepas mencatatkan empat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir di peringkat antarabangsa dengan hanya satu kekalahan direkodkan ketika bertemu Thailand dalam aksi separuh akhir Piala AFF 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan hanya Sang Badak, bekas MVP Liga M boleh jadi ‘pintu rezeki’ 2 kelab lain – Sukan

Next Post

Kapten Melayu-Thai rebutan Kedah, TFC jadi sasaran ganti Herold Gouloun – Sukan

Related Posts