Padah amuk pada pengadil, Alex Zverev disingkir dari Terbuka Mexico

PEMAIN tenis Jerman Alexander Zverev disingkirkan dari kejohanan Terbuka Mexico di Acapulco selepas menyelar pengadil susulan kekalahan dalam perlawanan beregu.

Dia yang bergandingan dengan pemain Brazil, Marcelo Melo, hampir mencederakan pengadil apabila berulang kali menyerang kerusi pegawai itu menggunakan raketnya selepas kekalahan 6-2, 4-6, 10-6 kepada Lloyd Glasspool dan Harri Heliovaara.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang tenis luah rasa marah gara-gara pemain lawan pergi ke tandas terlalu lama

ARTIKEL BERKAITAN: Ajal di padang bola… Lelaki alami sesak nafas ketika berehat separuh masa pertama

Ia merupakan kontroversi Zverev, yang masih dalam siasatan ATP berhubung dakwaan penderaan domestik membabitkan bekas teman wanitanya Olga Sharypova.

Terdahulu, selepas kejohanan tamat, juara Olimpik itu memukul kerusi pengadil sebanyak tiga kali.

Dia turut menjerit ‘kamu memusnahkan keseluruhan perlawanan’ terhadap pengadil berkenaan.

Ekoran daripada penyingkiran itu, pencabar yang juga rakan senegaranya Peter Gojowczyk diberi kemenangan.

Bagaimanapun, Zverev memuat naik kenyataan maaf kepada pengadil terlibat di laman Instagramnya

Aksi yang ditunjukkannya seolah-olah dia sangat marah dengan kekalahan.

“Sukar untuk menggambarkan betapa saya menyesali tingkah laku semasa dan selepas perlawanan beregu semalam.

“‘Saya secara peribadi telah meminta maaf kepada pengadil kerana luahan saya terhadapnya adalah salah dan tidak boleh diterima, dan saya hanya kecewa dengan diri saya sendiri.

‘Ia tidak sepatutnya berlaku dan saya ingin memohon maaf kepada peminat saya, kejohanan dan sukan yang saya sukai.

‘Seperti yang anda tahu, saya menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah. Saya akan pastikan ia tidak akan berlaku lagi,” tulisnya di Instagram miliknya. – Mail online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kes rogol: Ronaldo halang kenyataan saksi dikeluarkan, bimbang isu keselamatan

Next Post

Pemain bola sepak Rusia Smolov kutuk Putin, perang ke atas Ukraine

Related Posts