‘Out or die’ rusuhan fans JDT dan Selangor pernah bangkitkan kemarahan Presiden FAM – Sukan


RUSUHAN bola sepak ialah satu bentuk keganasan ataupum tingkah laku yang boleh merosakkan suasana perlawanan dan perkara itu secara tidak langsung membahayakan nyawa orang awam.

Di tanah air juga menyaksikan beberapa rusuhan bola sepak yang berlaku di luar stadiym selepas perlawanan berlangsung dan kejadian tersebut akhirnya hanya mencemarkan nama baik Liga Malaysia (Liga M).

Lapan tahun lalu, pihak polis pernah menahan 14 penyokong Johor Darul Takzim (JDT) kerana menyebabkan kecederaan dan berkelakuan tidak senonoh di Stadium Larkin selepas pasukan tuan rumah menewaskan Perak 4-1 untuk menduduki tangga teratas Liga Super.

Berdasarkan laporan media pada 21 Ogos 2023, kira-kira 400 penyokong Harimau Selatan berkumpul di pintu keluar di bahagian tempat duduk penyokong Perak selepas perlawanan tamat.

“Penyokong JDT mengeluarkan kata-kata provokasi malah ada yang menyalakan mercun dan berarak masuk ke stadium yang mana kira-kira 200 penyokong Perak masih duduk. Kami menahan mereka kerana kelakuan agresif mereka.

“Pegawai polis dihalang oleh sekumpulan yang menjerit kata-kata lucah kepada pihak berkuasa. Mereka mula membaling batu yang menyebabkan kecederaan kepada dua anggota polis. Kecederaan di kepala memerlukan jahitan, manakala seorang pegawai ketiga cedera di tangannya.

“Kami terpaksa menghubungi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal orang ramai. Kami akan mendakwa 14 orang itu di mahkamah tidak lama lagi,” kata Asisten Komisioner Sulaiman Salleh yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan.

Beliau juga berkongsi bahawa sebanyak empat bas yang mana tiga membawa penyokong Perak dan satu pemain skuad Seladang diiringi keluar dari stadium menuju ke Lebuhraya Utara Selatan.

Amiruddin sebelum ini mengetuai Selangor dalam dua Piala Malaysia 2015 dan 2016. — Agensi

Selain rusuhan itu, Stadium Shah Alam juga mengalami kejadian sama pada 2015 apabila peminat Selangor membentangkan sepanduk bertulis ‘Leave or Die’ dan membaling suar ke arah pegawai FRU selepas kemenangan 3-0 Red Giants ke atas Kelantan.

Pengurus Gergasi Merah ketika itu, Datuk Sri Amiruddin Shaari berkata, tindakan sekumpulan penyokong berkenaan bukan sahaja boleh mengakibatkan penalti yang berat dan menggesa mereka supaya tidak mengulangi kelakuan sebegitu rupa.

Difahamkan mesej ‘Leave or Die’ itu ditujukan kepada De Paula namun dia akhirnya mencetak dua gol dan sekali gus membantu Selangor membenam Kelantan.

Kain rentang itu dipamerkan dua kali oleh Ultras Selangor semasa perlawanan, sekali pada separuh masa pertama dan kali kedau selepas pemain naturalisasi itu menjaringkan gol keduanya.

Rentetan dua rusuhan tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah muak dengan kejadian seperti itu.

“Biar jawatankuasa disiplin yang tentukan. Saya tidak mahu komen. Sudah banyak kali diperkatakan. Saya tidak mahu terus mengulanginya,” katanya ketika masalah semasa perlawanan Liga Super di Stadium Larkin dan Shah Alam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan antara 2 kategori baharu diperkenal SAM – Sukan

Next Post

Piala Malaysia: Fandi Ahmad belum puas hati prestasi 2 pemain Sri Pahang, akui sukar tembus pertahanan Harini FT – Sukan

Related Posts