Ousmane Fane hampir tinggalkan Penang, liga jiran jadi destinasi sasaran – Sukan


BERBAKI dua lagi perlawanan Liga Super dan final Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 8 Disember depan bakal menyaksikan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 menutup tirainya.

Sehubungan itu, pastinya terdapat sesetengah pihak pengurusan bertungkus lumus melakukan persiapan untuk membawa masuk pemain-pemain berkualiti bagi menyertai pasukan mereka musim hadapan.

Bagaimanapun, tidak kurang juga apabila ada beberapa pemain yang beraksi di Liga M dilihat mula angkat kaki untuk meneruskan perjuangan di tempat lain.

Fane (kanan) cuba mengawal bola daripada dirampas pihak lawan. — Facebook/MFL

Dalam pada itu, penyokong setia Penang FC khususnya menerima khabar kurang gembira apabila difahamkan bakal kehilangan salah seorang pemain import dalam pasukan tersebut.

Difahamkan, pemain tengah Harimau Kumbang, Ousmane Fane bakal meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu sekali gus menabur khidmat bersama salah satu kelab di Indonesia.

Meskipun belum ada sebarang kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak, tentunya perkara itu akan mengganggu prestasi semasa dan perancangan masa depan skuad Harimau Kumbang.

Menerusi satu ciapan di Twitter, T. Avineshwaran, pemain tengah import Perancis, Ousmane Fane bakal meninggalkan Penang FC dan destinasi seterusnya ialah di Indonesia.

Ia sekali gus memberi gambaran bahawa khidmat pemain berusia 29 tahun itu bersama skuad Harimau Kumbang akan berakhir dengan khidmatnya ditagih kelab lain.

Untuk rekod, Penang FC berada di kedudukan ke-10 dengan meraih 23 mata selepas 24 perlawanan Liga Super berlangsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cheng Hoe siap sedia dengan permainan minda – Sukan

Next Post

CEO Kelantan FC tebalkan muka hadapi kritikan penyokong – Sukan

Related Posts