Optimis habiskan musim dalam top 10, Goulan lega pengurusan NSFC sudah buat langkah kanan – Sukan


BEK tengah Perancis, Herold Goulon mengakui bahawa Negeri Sembilan FC (NSFC) masih berada dalam semangat yang baik walaupun berada dalam kedudukan pertengahan dalam saingan Liga Super.

Skuad Jang Hobin Jang tidak memenangi sebarang perlawanan dalam Liga Super sejak kemenangan terakhir 2-1 menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandararaya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada 18 Mei lalu.

Skuad kendalian K.Devan mencatat seri lima aksi dan tewas tujuh perlawanan pertemuan tersebut namun tetapi berharap untuk menamatkan badi kemenangan dalam perlawanan timbal balik menentang The Cops di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi pada Sabtu.

Pemain berusia 35 tahun itu berkata, mereka telah kembali bersemangat dengan matlamat untuk menamatkan saingan dalam kalangan 10 pasukan teratas selepas berehat seketika.

Negeri Sembilan kini berada di tangga ke-10 dengan 21 mata daripada 23 perlawanan.

“Kami sudah berlatih dengan baik sejak dua minggu lalu, dan bersedia sepenuhnya.

“Kami berada dalam keadaan buruk, sudah pasti. Satu-satunya cara untuk mengubah keputusan adalah mengubah mentaliti kami.

“Nasib baik, kami mempunyai rehat, jadi ia menjadi medan untuk kami mencapai semula matlamat dengan bermula dari awal. Pasukan berada dalam semangat yang baik. Kami tahu kualiti kami, kami bukan pasukan liga bawah,” kata bekas pemain Blackburn Rovers itu.

Goulan (kanan) ketika diturunkan semasa tewas 0-1 di tangan Perak FC pada 1 Oktober lalu. — Facebook/NSFC

Goulon menyedari bahawa PDRM FC sering menampilkan prestasi baik terutamanya selepas menewaskan pasukan teratas seperti Sri Pahang 3-2 pada 8 November dan Kuala Lumpur 2-0 pada 27 Oktober.

Pasukan berpangkalan di Lembah Klang itu kini berada di tangga ketujuh liga dengan 34 mata.

“Mereka bagus dalam serangan balas, jadi kami perlu bersedia untuk itu. Kami mahu kekal berdisiplin dan teratur,” katanya.

Selain prestasi buruk pasukan, kelab itu terpalit dengan isu kewangan berkaitan tunggakan gaji yang menjejaskan semangat pemain.

Pertahanan kental tersebut mengakui ia memberi kesan kepada pasukan tetapi kelab bekerja keras untuk menyelesaikan situasi itu.

“Ia tidak mudah, saya tidak akan berbohong kepada anda. Apa yang berlaku di luar padang tidak penting. Bukan perkara biasa bagi kelab untuk melalui situasi sedemikian.

“Beberapa kelab di Malaysia, terutamanya selepas Julai, telah bergelut. Situasi berkenaan memberi kesukaran apabila kami mempunyai keluarga untuk ditanggung.

“Kami tidak bermotivasikan wang tetapi kekurangan usaha daripada pihak pengurusan untuk menyelesaikan isu itu menyukarkan. Mengapa kami perlu memberi 100 peratus sedangkan pasukan tidak mengambil berat tentang anda?

“Nasib baik, mereka sudah menyelesaikan beberapa isu, jadi itu memberikan kami kekuatan untuk baki musim ini. Saya hanya berharap ia akan baik-baik saja pada akhirnya,” kongsinya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sivasangari rangkul gelaran juara kedua, kali ini takluk Hong Kong – Sukan

Next Post

Tiada isu pilih kasih, biar Persatuan Bola Tampar Penang jelaskan dulu — Exco – Sukan

Related Posts