Olimpik 2020: Pandalela mara ke separuh akhir

PANDALELA Rinong berjaya melayakkan diri ke separuh akhir acara 10 meter (m) platform individu wanita Olimpik Tokyo yang akan berlangsung esok.

Dalam acara pada Rabu, Pandalela berjaya menamatkan terjunan dengan kutipan 284.90.

ARTIKEL BERKAITAN: Kayuhan Azizulhasni, Shah Firdaus layak ke pusingan seterusnya

Ia sekaligus melayakkannya berada pada tangga ke-18 daripada 30 atlet yang beraksi.

Esok, 18 atlet termasuk Pandalela akan berentap yang mana 12 daripada mereka akan dipilih untuk menyertai pusingan akhir.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Seorang lagi penerjun negara, Cheong Jun Hoong mengakhiri terjunan di tangga ke-26 dengan mengumpul 251.80 mata, lapor The Star.

Dalam pada itu, semakan mStar di Twitter dengan carian kata kunci ‘Pandalela’ membawa kepada tweet netizen yang menzahirkan ucapan tahniah buat Pandalela.

Malah, ucapan terima kasih turut diucapkan buat Jun Hoong yang sudah melakukan yang terbaik dalam acara itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts