Nyaris kempunan pingat emas Olimpik, Parchment jejaki semula sukarelawan wanita yang tolong bayarkan tambang teksi

DI sebalik kejayaan Hansle Parchment memenangi pingat emas temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara 110 meter lari berpagar, terselit kisah yang tidak akan dilupakan atlet dari Jamaica itu sampai bila-bila.

Memetik laporan Washington Post, Parchment pada mulanya hampir terlepas perlumbaan peringkat separuh akhir gara-gara tersalah menaiki bas apabila dia telah diturunkan ke venue acara mendayung.

ARTIKEL BERKAITAN: Sancho belum cukup cergas – Solskjaer

Menerusi video di Instagram peribadinya, Parchment menjelaskan dia hampir berputus asa untuk kembali ke trek balapan olahraga memandangkan masa yang tinggal sangat suntuk.

Namun, harapannya kembali membara setelah bertemu Trijana Stojkovic, seorang sukarelawan Olimpik berdarah campuran Jepun-Serbia yang kini dianggap sebagai sebahagian penyumbang kepada kejayaannya di Olimpik Tokyo 2020.

PARCHMENT berkongsi kisah di sebalik kejayaannya meraih pingat emas Olimpik acara 110 meter lari berpagar lelaki. — AGENSI.

“Saya meminta bantuan daripadanya dan dia telah mencadangkan untuk saya mengambil teksi selain berikan saya wang tambang.

“Disebabkan itu, saya berjaya sampai di trek latihan tepat pada masanya serta masih ada masa yang cukup untuk memanaskan badan,” kata Parchment.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Enggan melupakan kebaikan sukarelawan tersebut, Parchment menjejaki semula Trijana untuk berterima kasih serta menunjukkan pingat emas yang diperoleh, selain memulangkan semula wang tambang serta menghadiahkannya baju Jamaica.

TRIJANA menggayakan baju Jamaica yang dihadiahkan Parchment. — AGENSI.

“Kamu memainkan peranan penting dalam usaha saya ke acara akhir dan seterusnya memenangi perlumbaan ini,” katanya dalam video yang dimuatnaik di Instagram.

“Betulkah kamu menang ini?” balas Trijana yang turut gembira dengan kejayaan Parchment.

Kisah itu turut menjadi perhatian kerajaan Jamaica apabila Kementerian Pelancongan negara itu telah menjemput Trijana untuk bercuti ke negara tersebut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts