NSFC perlu 10 tahun untuk setanding JDT — K. Devan – Sukan


SKUAD bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) memerlukan 10 tahun lagi untuk menyaingi pasukan berintensiti tinggi seperti Johor Darul Takzim (JDT), kata Ketua Jurulatih K. Devan.

Mengakui kualiti pemain pasukan Harimau Selatan itu jauh berbeza dengan pasukan baharu ditubuhkan dalam tiga tahun ini, dia menyifatkan kekalahan besar NSFC dengan keputusan 7-0 dalam perlawanan Liga Super pada Isnin memberi isyarat jelas bahawa banyak perkara perlu dilakukan bagi menyediakan pasukan yang mantap.

“Kita tahu JDT merupakan satu pasukan terbaik dalam negara. Kalau dibandingkan kualiti pasukan kita, jauh berbeza (dan) kita nampak jurang kualiti pemain.

“NSFC baru ditubuhkan dalam tempoh tiga tahun dan kita dalam proses untuk membentuk pasukan yang kuat, ia memerlukan masa, kalau kita mahu setanding dengan mereka, saya fikir pasukan perlu 10 tahun lagi,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan pada Isnin.

Pada perlawanan pada Isnin, JDT yang juara Liga Super sembilan kali berturut-turut berpesta gol apabila membelasah Skuad Jang 7-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Devan bagaimanapun berkata, pasukan masih mempunyai masa untuk mengutip mata maksimum pada perlawanan Liga Super musim ini dan untuk itu, adalah menjadi tumpuannya untuk memastikan pemain dapat beraksi dengan lebih cergas dan mempunyai persiapan mantap sebelum beraksi.

“NSFC perlu beraksi tiga perlawanan dalam sembilan hari, skuad pula tidak besar seperti JDT untuk membuat pertukaran pemain dan kita tidak menjalani perlawanan pramusim yang baik. Kebanyakan pemain import datang lewat, pemain kuota import tidak mencukupi, dan hari ini (Isnin) turun dengan bukan pasukan utama.

“Saya nampak pasukan letih, separuh masa pertama, kita masih boleh bersaing tetapi babak kedua nampak kelebihan pemain JDT lebih segar, cukup tenaga, intensiti tempo permainan JDT pantas, kita tidak dapat menyaingi tempo pasukan JDT,” katanya.

Sementara itu, pengendali JDT, Esteban Solari menzahirkan rasa bangga dengan prestasi pemainnya yang mencatat kemenangan besar, sekali gus meletakkan juara bertahan itu mendahului carta Liga Super setakat ini.

Dia berkata, fokus utamanya adalah memastikan para pemain mempamerkan kualiti permainan yang lebih baik dalam setiap perlawanan.

“Sudah tentu kami gembira dengan keputusan, pasukan telah melakukan tugas dengan baik. Pasukan tahu bagaimana untuk bermain, percaya dengan kualiti. Pada saya, kemenangan ini adalah hadiah buat para pemain, saya gembira untuk mereka,” katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Fans Kelantan anggap JDT ‘penakut’, cabar kalau berani turunkan pemain lokal di SSI – NetzKorner

Next Post

‘Mungkin 2 minggu lagi’, harapan TBG saksikan aksi Luciano Guaycochea semakin malap – Sukan

Related Posts