Novak Djokovic tewaskan Nick Kyrgois, kekal kejuaraan empat kali berturut-turut

PEMAIN tenis terkemuka Novac Djokovic dinobatkan sebagai juara Wimbledon dengan rekod empat kali berturut-turut selepas menewaskan Nick Kyrgios 4-6 6-3 6-4 7-6, sekali gus mengekalkan gelaran ketujuhnya tahun ini.

Terdahulu, Djokovic tercicir set pertama selepas permulaan menakjubkan oleh pemain Australia terbabit namun beliau berjaya bangkit semula untuk mencatat trofi utama ke-21 untuk mendahului Roger Federer dan berada satu mata di belakang Rafael Nadal dalam perlumbaan kejuaraan perseorangan Grand Slam.

Pemain Serbia berusia 35 tahun itu bagaimanapun akan menuruni ranking ATP susulan larangan Wimbledon ke atas pemain Rusia dan Belarus berikutan konflik Ukraine.

Perlawanan akhir itu juga penuh dengan kontroversi selepas seorang peminat mabuk dikeluarkan kerana mencemuh Kyrgios manakala seorang lagi penonton mengadakan protes mengenai Peng Shuai dan pemain Australia itu menghadapi ejekan kerana servis set pertama.

Bercakap selepas kemenangannya, Djokovic mengakui dia kehilangan kata-kata dan bersyukur atas kemenangan tersebut.

”Trofi ini sangat bermakna kepada saya, pasukan dan keluarga saya.

“Saya selalu bermimpi untuk datang ke sini. Ia adalah impian zaman kanak-kanak untuk memenangi trofi ini,” luahnya. – Metro.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bintang golf jelita terima ugutan bunuh, apa yang berlaku sebenarnya?

Next Post

Pelumba Sepanyol gagal sembunyikan rasa sedih, termenung lihat kebakaran jentera di litar

Related Posts