Nombor jersi pun boleh ‘bersara’ daripada bola sepak

SEBAHAGIAN kelab bola sepak di dunia semestinya mempunyai nombor ikoniknya yang tersendiri.

Jika di Manchester United, jersi bernombor tujuh menjadi ikonik kerana pernah dipakai oleh beberapa lagenda terkemuka kelab itu seperti George Best, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Tidak ramai yang berani menggunakan jersi ikonik sebegini kerana bebanan psikologi, justeru ia lazimnya dibiarkan kosong dan tidak dipakai mana-mana pemain untuk tempoh yang lama.

Ada juga kelab mengosongkan sesetengah nombor jersi sebagai tanda penghormatan kepada seseorang individu yang pernah bermain dalam sesuatu pasukan berkenaan, namun terpaksa digunakan semula gara-gara peraturan yang ditetapkan oleh liga domestik tempatan.

Berikut merupakan antara senarai beberapa nombor jersi yang turut ‘bersara’ daripada arena bola sepak:

Barcelona – 21

Luis Enrique berhijrah dari Real Madrid ke Barcelona dan berkembang menjadi kapten kelab itu.

Enrique turut berkhidmat sebagai pengurus Barcelona. Malangnya, disebabkan peraturan La Liga, Barcelona terpaksa ‘mewujudkan’ semula nombor tersebut selepas dua tahun, sebelum kembali digunakan semula Lilian Thuram pada 2006.

Enrique kini memegang jawatan sebagai pengurus Sepanyol.

Manchester City – 23

Sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Marc-Viven Foe, nombor itu dikosongkan.

Foe merupakan pemain tengah yang berjaya di Ligue 1, Perancis dan Liga Perdana England. Dia meninggal dunia secara mengejut pada 2003 sewaktu dipinjamkan ke City.

Foe meninggal dunia akibat serangan jantung.

Napoli – 10

Mendiang Diego Maradona beraksi bersama Napoli dari 1986 hingga 1991. Ketika bersama kelab itu, Maradona membantu Napoli memenangi Serie A dan pelbagai kejuaraan lain.

Selepas kematiannya pada November tahun lalu, kelab itu mengosongkan nombor tersebut sebagai tanda penghormatan buat legenda Argentina itu.

Pemergian Maradona sangat dirasai oleh semua peminat bola sepak di dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Messi mampu kembalikan nostalgia gandingan berbisa MSN bersama PSG

ARTIKEL BERKAITAN: Man.United belum puas berbelanja sakan, cuba sambar Griezmann dengan harga murah

Ajax – 14

Sebagai salah seorang pemain yang berbakat dalam dunia bola sepak moden, pencapaian Johan Cruyff meraih tiga anugerah Ballon d’Or cukup menceritakan segala-galanya.

Cruyff juga membawa gaya permainan total football yang menjadi dominan di seluruh Eropah.

Johan Cruyff memperkenalkan gaya permainan total football

AC Milan – 3

Paolo Maldini beraksi selama 25 musim di Milan sebelum mengumumkan persaraannya pada 2009 sewaktu berusia 41 tahun.

Sepanjang kariernya, Maldini menjulang 26 trofi kemenangan bersama Milan dan Itali.

Maldini bermain selama 25 musim untuk AC Milan.

Inter Milan – 4

Selain Maldini, Javier Zanetti turut beraksi lama bersama sebuah kelab. Zanetti mencurahkan baktinya kepada Inter selama 19 tahun.

Bersama Inter, Zanetti menjulang 16 trofi kemenangan. Dia juga memegang rekod melakukan penampilan paling banyak sebagai kapten dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah iaitu sebanyak 82 kali.

Javier Zanetti beraksi selama 19 tahun bersama Inter Milan.

West Ham – 6

Nama Booby Moore antara yang paling diingati oleh peminat England kerana membawa pasukan itu merangkul kejuaraan Piala Dunia 1966.

Moore juga merupakan pemain West Ham paling terbaik dalam sejarah kelab itu dan menjadi kapten ketika baru berusia 20 tahun.

Booby Moore menjuarai Piala Dunia bersama England pada 1966.

Brescia – 10

Roberto Baggio merupakan salah seorang pemain paling terbaik dalam sejarah bola sepak. Gaya rambut ‘tocang kuda’ menjadi ‘simbolik’ kepada pemain berkenaan.

Ketika beraksi bersama Brescia, Baggio melakukan 95 penampilan dan menjaringkan 45 gol dalam Serie A. Sepanjang Baggio beraksi bersama kelab itu, dia berjaya membantu kelab itu daripada tersingkir ke divisyen bawah buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun.

Roberto Baggio lebih dikenali dengan gaya rambutnya yang unik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Roma – 6

Pemain pertahanan Brazil, Aldair menjadi watak penting bagi Roma selama 13 tahun.

Dia juga menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan itu dan membantu Roma menjuarai Serie A pada 2001.

Aldair bantu Roma juarai Serie A pada 2001.

Birmingham City – 22

Jude Bellingham merupakan salah satu prospek bola sepak kelab itu dan England. Potensinya itu menarik minat banyak kelab terkemuka seperti Manchester United.

Selepas beraksi sebanyak 44 kali bersama Birmingham, Bellingham berhijrah ke Borussia Dortmund pada tahun lalu, sekali gus ‘memaksa’ kelab itu mengosongkan nombor 22.

Bellingham bermain sebanyak 44 kali untuk Birmingham City.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts