Nikmati Leap of Faith… crossover terbaru Free Fire x Assassin’s Creed

KOLABORASI Crossover Free Fire x Assassin’s Creed kini disiarkan dalam Free Fire.

Kerjasama itu menyaksikan terdapat pelbagai item koleksi silang, serta mempunyai beberapa elemen merentas peta dalam permainan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejohanan Majors MCP Free Fire kembali, hampir RM300,000 jadi rebutan musim ke-3

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu BEATz Penuh Kuasa dilancarkan untuk permainan Free Fire, mod baharu pun menarik

Selain itu, kolaborasi ini akan mempunyai Sanctuary iaitu sebuah bangunan baru yang eksklusif untuk Free Fire x Assassin’s Creed.

Pemain hendaklah memasuki Sanctuary sebaik sahaja mereka menemui bangunan itu untuk merebut barang yang sesuai untuk digunakan ketika bermain.

Leap of Faith iaitu gerakan lari bebas akrobatik, dianggap sebagai salah satu Assassin’s Creed’s.

Antara paparan grafik yang ada di dalam Free Fire x Assassin’s Creed

Ia dianggap sebagai upacara persaudaraan yang paling suci dan merupakan satu tindakan untuk mengukuhkan keazaman.

Pemain boleh menyertai permulaan ikonik ini dan melakukan Leap of Faith di bahagian atas tempat perlindungan!

Peraduan khas yang mengelilingi ciri ini juga akan dilancarkan pada pertengahan Mac, di mana pemain boleh berkongsi tangkapan skrin Leap of Faith mereka.

Lagu tema kolaborasi, ‘The Creed of Fire’, menggabungkan melodi teras tema lagu Free Fire dan Assassin’s Creed menjadi satu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts