Neymar tayang helikopter RM58 juta di Instagram

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar menggemparkan peminatnya di media sosial apabila berkongsi gambarnya ‘melaram’ dengan sebuah helikopter Mercedes miliknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Neymar dilihat merakamkan fotonya bersama helikopter itu di hadapan mahligai miliknya di Rio de Janeiro untuk tatapan 155 juta pengikut di laman sosial berkenaan.

Pemain termahal dunia berusia 29 tahun itu kelihatan bergaya santai dengan berpakaian serba hitam, sedondon dengan helikopternya yang diparkir di hadapan kediaman yang bernilai £7 juta (RM40 juta).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Huruf NJR iaitu singkatan namanya, tertera di bahagian ekor helikopter bernilai £10 juta (RM58 juta) yang digunakan sebagai pengangkutannya ke tempat latihan ketika bersama skuad kebangsaan.

Sehingga kini, perkongsiannya di laman Instagram meraih lebih daripada empat juta tanda suka (like). – Thesun

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Covid-19: Inter ikut jejak Arsenal tarik diri sertai Piala Florida

Next Post

Sukan Olimpik Tokyo 2020 buka tirai di stadium dengan ribuan tempat duduk hampir kosong

Related Posts