Negeri Sembilan miliki kelebihan julang trofi Liga Premier

MALAM Selasa, seluruh peminat bola sepak tempatan akan tertumpu ke dua venue berasingan untuk menyaksikan penentuan juara Liga Premier.

Tinggal 90 minit saja lagi untuk menentukan pasukan mana lebih layak dinobat sebagai juara, sama ada Negeri Sembilan mahu pun Sarawak United.

Nasib Negeri Sembilan mahu pun Sarawak United kini berada dalam tangan masing-masing dan perlu memastikan tiga mata penuh tanpa memikirkan apa keputusan di gelanggang lain.

Ketika aksi liga cuma berbaki satu perlawanan, Negeri Sembilan kini mengutip 38 mata, satu mata di depan Sarawak United.

Walaupun PDRM menjadi halangan terakhir, Negeri Sembilan dilihat memiliki kelebihan untuk melengkapkan tiga mata penting memandangkan aksi itu dilangsungkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Kapten Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abd Radzak memberitahu trofi Liga Premier bakal menjadi bonus buat pasukan selepas sudah pun mengesahkan slot ke Liga Super musim depan.

“Yang penting target kita untuk ke Liga Super. Bonus kalau kita juarai Liga Premier. Kelebihan mungkin ada pada Negeri Sembilan kerana kami bermain di home.

“Tetapi dalam perlawanan terakhir, apa juga boleh berlaku. Kami akan turun dan berikan fokus penuh untuk bantu pasukan,” katanya.

Sebaliknya, nasib seakan tidak menyebelahi Sarawak United apabila dijangka turun tanpa beberapa tonggak utama seperti penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mohammad Amer Saidin dan Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli yang digantung oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Esok, Sarawak United yang dihimpit dengan tindakan tatatertib akan berkunjung ke Stadium Larkin, menentang Johor Darul Ta’zim II(JDT II).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Litar Street Valencia kini jadi ‘rumah’ gelandangan

Next Post

‘Sharapova memang ditakdirkan untuk tenis’

Related Posts