Nazmi Nasaruddin calon pengadil ke Piala Dunia 2026 – Sukan


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil langkah proaktif apabila menjadikan pengadil, Nazmi Nasaruddin, sebagai calon utama ke Piala Dunia 2026.

Ia menerusi langkah awal badan induk itu menghantar pengadil terbabit mendapatkan lesen video bantuan pengadil (VAR) sebelum Ogos 2023.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, dengan Nazmi sudah menjalani latihan VAR di Riyadh, Arab Saudi, selama sembilan hari awal bulan ini.

“Kami bentuknya untuk pengadil Piala Dunia 2026. Dia perlu menjalani kursus VAR dan membolehkannya untuk mengadili perlawanan Piala Asia pada Januari depan,” katanya di Nadi Arena.

Nazmi ketika mengadili perlawanan antara Johor Darul Takzim menentang Kuala Lumpur City FC. — Agensi

Pelesenan VAR menjadi satu kemestian dan membuka peluang kepada mana-mana pengadil Malaysia untuk layak bertugas dalam Piala Dunia, Sukan Olimpik dan saingan tertinggi kelab asia iaitu Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“FAM berharap sekurang-kurangnya ada pengadil tempatan mengadili perlawanan Piala Asia dan Piala Dunia.

“Kami sudah memulakan kursus VAR yang terdiri daripada 30 orang hingga hujung tahun ini,” katanya. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kelantan FC cari pengarah teknikal baharu tapi tawar gaji setaraf ‘fresh grad’ – Sukan

Next Post

[VIDEO] Bekas bintang Leicester ‘tubik’ awal, penat tunggu rayuan TRW diterima – Sukan

Related Posts