Nak beli boleh, tapi harganya perlulah sesuai — Norizam – Sukan


SEJAK mengambil alih Kelantan FC pada September 2020, Norizam Tukiman tidak lagi memandang ke belakang demi membangunkan kelab bola sepak berkenaan.

Usahawan yang cukup terkenal dengan penjualan makanan segera dan perhotelan itu cukup disegani dengan usahanya untuk mengembalikan zaman kegemilangan The Red Warriors (TRW).

Pelaburan itu seakan-akan membuahkan hasil apabila pasukan itu berjaya menamatkan saingan Liga Perdana 2022 di tempat kedua dengan hanya lima mata dipisahkan daripada juara, Johor Darul Takzim (JDT) II.

Kejayaan itu membolehkan Kelantan FC untuk layak ke divisyen teratas bola sepak tempatan buat pertama kali sejak 2018, yang mana mereka tersingkir selepas bergelut dengan isu kewangan.

Jadi, kehadiran Norizam yang juga dikenali sebagai Zamburger sedikit sebanyak mengubah nasib dihadapi TRW dengan melakukan pelaburan serta perancangan cermat.

Namun, di sebalik sentuhannya dalam arena bola sepak tempatan, sentuhan anak jati Johor itu seolah-olah kurang diberi penghargaan oleh sebuah lagi kelab yang dimilikinya.

PSPS Riau menduduki tangga tercorot dalam Liga 2 Indonesia. — Agensi

Pasukan Liga 2 Indonesia, PSPS Riau berdepan tempoh sukar selepas mereka berdepan risiko untuk tersingkir ke divisyen ketiga negara itu apabila menduduki tangga tercorot selepas enam perlawanan.

Mereka yang bersaing di rantau Barat Indonesia gagal mencatatkan sebarang kemenangan ketika ini dengan hanya satu mata berjaya dikutip ketika seri berdepan Semen Padang FC.

Prestasi itu semestinya membangkitkan api kemarahan dalam kalangan penyokong apabila mereka sebelum ini pernah mendesak Norizam untuk tidak lagi memegang jawatan Presiden.

Ini termasuk beberapa kejadian rusuhan di laman sendiri dengan merosakkan fasiliti di Stadium Utama Riau, Indonesia sehingga kelab terpaksa menanggung kerugian.

Desakan tersebut sepertinya akan meleburkan semangat Norizam yang pastinya berhasrat untuk melihat sentuhannya di Liga Malaysia bersama Kelantan FC dapat diulang di negara seberang.

Bagaimanapun, bagi menjawab spekulasi mengenai hal itu, dia menegaskan bahawa PSPS Riau masih berada di bawah pemilikannya menerusi satu hantaran di laman Facebook peribadinya.

“Saya masih pemilik kelab bola Riau FC. Staf saya masih bekerja dan sering hadir mengikuti kongress atau mesyuarat Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mahupun Liga Indonesia Baru (LIB).

“Terus-terang kelab bola saya ni banyak liku-liku pelik selepas kes pemecatan pengurus besar (GM), Edward Riansyah. Saya tidak suka untuk kongsi benda-benda negatif sebab otak saya dilatih untuk positif,” katanya.

Norizam sah menjadi pemilik kelab itu pada Mei 2021 dengan langkah awal untuk membantu PSPS Riau menjadi sebuah pasukan terbaik Indonesia dengan melunaskan tunggakan hutang pemain.

Namun, dengan masa depan yang tidak menentu buat kelab, Norizam dilihat gagal untuk mendapat tempat dalam hati penyokong yang tidak henti-henti mendesaknya untuk menjual saham terbesar.

Mengulas akan hal itu, Norizam turut berkata, dia terbuka untuk melepaskan PSPS Riau sekiranya terdapat pihak yang sanggup membayar pampasan seperti mana yang diminta.

“Sehingga ada strategi menyerang dan memburukkan nama saya oleh kumpulan tertentu dengan tujuan menekan saya untuk melepaskan semula saham PSPS Riau pada harga murah, tapi saya santai sahaja. Nak beli boleh, tapi harganya kena sesuai pak,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Top scorer’ AFC sasaran Kedah perlu buang perangai Jaap Stam sebelum jejak Darul Aman – Sukan

Next Post

Liridon Krasniqi kembali ke Liga M, 3 kelab jadi destinasi pilihan – Sukan

Related Posts