‘Nak bagi cadangan biarlah masuk dek akal’ — FAM ulas penyokong minta Subkhiddin adili Piala FA – Sukan

PERTEMUAN antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super tempoh hari dicemari dengan insiden pengadilan yang didakwa lebih berpihak pasukan Harimau Selatan.

Insiden yang berlaku pada minit ke-76 menyaksikan terjahan keras pemain tengah JDT, Nathaniel Hong Wan ke atas pemain gantian TFC, Syafik Ismail tidak mendapat hukuman daripada pengadil.

Perkara tersebut menyebabkan ramai penyokong Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, sehingga mendorong mereka menimbulkan pertanyaan kepada bekas pengadil FIFA yang juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh.

Subkhiddin secara rasmi bersara dari profesion pengadilan bola sepak pada 2011. — Agensi

Berdasarkan perlawanan itu, Subkhiddin menggariskan lima perkara daripada ‘Laws of The Game’ yang perlu diambil kira oleh pengadil sebelum mengambil sebarang tindakan.

Lima perkara itu antara lain termasuk tahap kelajuan dan intensity semasa melakukan cabaran; di udara, di tanah atau tidak ada kesempatan untuk mengawal badan; dan adakah cabaran melibatkan penggunaan stud semasa ia dilakukan.

Selain itu,‘point of contact’ dan adakah ‘force’ berterusan; dan adakah cabaran tersebut membahayakan keselamatan lawannya.

Kebijakan ulasan itu menjadikan rata-rata penyokong bola sepak tanah air mahukan Subkhiddin mengadili perlawanan final Piala FA 2022, yang menyaksikan JDT sekali lagi menentang TFC pada 28 Ogos nanti.

Mohd Saifuddin berkata, pengadil yang didapati benar-benar bersalah akan digantung tugas selain tidak dibenarkan membuat penampilan dalam beberapa perlawanan.— Agensi

Mengulas mengenai perkara itu, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, FAM sukar mempertimbangkan individu yang bersara untuk memegang amanat sebagai pengadil.

“Itu memang luar biasa. Tak pernah dalam dunia orang buat macam tu. Kalau beri cadangan biarlah betul-betul masuk dek akal,” kata Setiausaha Agung badan induk itu kepada Majoriti.

Subkhiddin yang pernah terpilih untuk pusingan akhir Piala Dunia 2006 di Jerman dan 2010 di Afrika Selatan, secara rasmi bersara dari profesion pengadilan bola sepak pada 2011.

JDT sekali lagi akan berdepan TFC dalam perlawanan final Piala FA pada 28 Ogos ini. — Facebook/TFC

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kontroversi membabitkan isu pengadilan, Mohd Saifuddin berkata, pihak jawatankuasa pengadil akan bertanggungjawab membuat penilaian.

Beliau berkata, pengadil yang didapati benar-benar bersalah akan digantung tugas, selain tidak dibenarkan membuat penampilan dalam beberapa perlawanan.

“Selain itu, kalau dia mengadili Liga Super ketika itu, dia juga mungkin akan diturunkan untuk mengadili Piala Presiden. Kalau prestasi dia bagus baru dia akan naik balik.

“Kita tak boleh nak kata mereka bagus 100 peratus ketika mengadili perlawanan, sebab mereka juga macam pemain dan juga manusia biasa,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kontrak disambung tapi penyokong Penang selamba cakap lepas, ‘Kami tak mau Zainal’ – Sukan

Next Post

Ikat kontrak 2 tahun, Perak FC perlukan telatah, semangat Sunday Afolabi – Sukan

Related Posts