Naik taraf lagi penting, tak perlu bina stadium baharu — Hannah Yeoh – Sukan


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) tidak bercadang untuk membina stadium baharu yang akhirnya akan menjadi projek bermasalah terutama jika berlaku kesukaran untuk menyelenggara kemudahan itu.

Dengan menjadikan Stadium Nasional di Bukit Jalil sebagai contoh, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata, venue tersebut sering menghadapi kekangan membabitkan acara bertindih sejak kebelakangan ini tetapi itu bukan alasan untuk membina venue baharu.

“Apa yang lebih penting ialah menaik taraf stadium termasuk membaiki venue sukan lain bagi memastikan tiada masalah ketika mengadakan sebarang acara sukan.

“Kami melihat bukan sahaja stadium utama tetapi kami ingin memastikan bahawa ia adalah tanggungjawab kerajaan bersama-sama kerajaan negeri untuk membangunkan acara sukan.

“Keutamaan kami bukan untuk membina tetapi kami ingin tahu bagaimana untuk menguruskan kerja-kerja naik taraf dan penyeliaan selepas itu.

“Pada masa sama, kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membina stadium.

“Jika dilihat di negeri lain, mereka sibuk membina stadium semasa Sukma (Sukan Malaysia) tetapi pengawasan selepas itu agar sukar dilakukan.

“Jadi kami tidak bercadang untuk terus membina (stadium) dan lebih baik menggunakan venue sedia ada,” katanya.

Banyak kemudahan sukan yang dibina oleh tuan rumah Sukma sebelum ini bertukar menjadi gajah putih kerana tidak digunakan sepenuhnya dan tidak diselenggara dengan baik di negeri masing-masing.

Keadaan Stadium Nasional sewaktu pemasangan pentas Jay Chou.

Perlawanan Piala Bola Sepak Persekutuan Asean (AFF) yang berlangsung di Stadium Nasional bulan lalu turut terjejas berikutan pemasangan pentas konsert artis Taiwan, Jay Chou dan pasukan negara kehilangan sokongan berpotensi 21,000 penyokong.

Perkara itu menimbulkan bantahan daripada penyokong bola sepak dan banyak pihak menggesa kerajaan membina sebuah lagi stadium khusus untuk perlawanan bola sepak dan juga mengadakan aktiviti lain.

Stadium Nasional adalah satu-satunya venue untuk mengadakan acara berskala besar di Lembah Klang kerana Stadium Shah Alam dan Stadium Tertutup Malawati di Selangor akan dirobohkan tidak lama lagi untuk membina sebuah kompleks terkini yang baharu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rashford, Sancho jawab ejekan dengan gol, selamatkan Man U daripada dimalukan Leeds – Sukan

Next Post

Luqman Hakim dedah rahsia di sebalik but buruk kesayangan, motif berhijrah ke Liga Iceland – Sukan

Related Posts