Nafuzi pasti tidak mahu jadi ‘reunion’ dengan Terengganu FC jejaskan rentak Sang Kenari – Sukan


MENGIMBAU kembali suasana ketika era Azrai Khor Abdullah sebagai ketua jurulatih yang mana ketika waktu itu kemeriahan Stadium Darul Aman, Kedah sangat luar biasa.

Apa tidaknya, surau di stadium penuh seawal pukul 6.30 petang untuk menunggu masuk waktu solat Magrib kira-kira satu jam kemudiannya.

Bukan sahaja disebabkan tempat duduk yang terhad, tetapi kerana penyokong Kedah FA yang terlalu ramai, kalau lambat masuk memang kena berdirilah sepanjang 90 minit permainan.

Kadang-kadang, ada juga yang bergilir-gilir keluar untuk menunaikan solat sambil ada yang menjaga tempat dalam stadium dan ada juga yang membawa sejadah bagi menunaikan kewajipan dalam stadium sahaja.

Berbalik pada perlawanan di antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Terengganu FC pada Rabu, pihak lawan boleh diibaratkan sebagai seekor singa yang terluka.

Semangat berbeza ditunjukkan penyokong KDA FC ketika menang ke atas Perak FC Sabtu lalu. — Facebook/KDA FC

Pada saya, itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi skuad Sang Penyu yang akan hadir ke Stadium Darul Aman, Kedah nanti.

Sudah pastinya Kedah tidak mahu menjadi mangsa kebangkitan Sang Penyu dan jurulatih kita, Nafuzi Zain sudah pastinya sudah melakukan persiapan terbaik untuk menghadapi naib juara Liga Super 2022 itu.

Bagi saya, walaupun ada sentimen daripada penyokong Hijau Kuning yang mula mendesak supaya Jonathan Balotelli diturunkan dalam kesebelasan utama, saya yakin Nafuzi tidak akan terpengaruh sama sekali.

Walaupun dia memperolehi jaringan ketika KDA FC menang ke atas Perak FC 4-1 Sabtu lalu, saya masih meletakkan kepercayaan penuh terhadap jurulatih untuk melakukan perancangan terbaik.

Tambahan pula, saya juga percaya bahawa Nafuzi sudah ada perancangan cukup teratur untuk pertembungan tersebut seperti mana yang kerap digunakan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), termasuk Arsenal.

Musim lalu, mereka berada tidak tergolong antara pasukan yang berada di kedudukan empat tertas, namun kelab London tersebut berjaya bangkit untuk memimpin liga ketika ini.

‘Trust the process’, itulah yang sering disampaikan pengurus Arsenal, Mikel Arteta dan ia perlu difahami penyokong KDA FC supaya tidak terlalu menekan pasukan serta masuk campur urusan barisan kejurulatihan.

Akhir kata, peminat pastinya sudah siap sedia untuk berjalan kaki dari balai bomba yang kira-kira satu kilometer jauhnya semata-mata untuk memeriahkan Stadium Darul Aman Rabu nanti. Jangan ceroi penyokong semua! — Majoriti

Budak Bendang, Penyokong Ketegaq Hijau Kuning.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Julang trofi pertama di Man United, Ten Hag ulangi ‘tarian kejuaraan’ – Sukan

Next Post

Demi Tok Gajah, Izham masih bersemangat walaupun terima jahitan di kepala – Sukan

Related Posts