Nafuzi akui kesilapan pemain KDA FC, Solari anggap perjalanan JDT masih panjang – Sukan


KETUA jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui setiap pemain Johor Darul Takzim (JDT) berjaya memberi tekanan kepada anak buahnya terutama pada babak kedua permainan.

Perlawanan itu menyaksikan Harimau Selatan terus cemerlang dengan lapan kemenangan berturut-turut selepas menundukkan Sang Kenari dengan keputusan 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, pada Ahad.

Nafuzi mengambil positif kekalahan itu bagi menilai kembali tahap kemampuan barisan pemain apabila berdepan lawan yang sukar seperti JDT.

“Saya sendiri tidak menjangka kekalahan besar seperti ini tetapi untuk babak kedua, dalam tempoh 10 minit kita melepaskan tiga gol yang mudah di mana itu kesilapan pemain kita sendiri.

“Jadi, mungkin dari situlah yang melemahkan semua pemain untuk bangkit tetapi mereka cuba juga dan kita tahu berdepan JDT bukan satu tugas yang mudah,” demikian kenyataan MFL.

Arif Aiman mencetak satu gol buat JDT ketika aksi menentang Kedah. — Facebook/MFL

Nafuzi berkata, secara keseluruhan, dia berpendapat, semua posisi perlu berfungsi dengan baik dan perlu memainkan peranan yang betul.

“Jadi, saya sendiri boleh nampak dekat mana tahap kita apabila berdepan dengan pasukan bagus seperti JDT dan memang kita kena bekerja keras lagi untuk bersaing,” katanya.

Sementara itu, pengendali JDT, Esteban Solari menganggap masih terlalu awal untuk memikirkan mengenai trofi Liga Super

Nyata, dengan jurang jaringan yang cukup besar diraih JDT dalam lapan perlawanan setakat ini memperlihatkan peluang mereka cukup tinggi untuk menjulang trofi Liga Super sekali lagi buat kali ke-10.

Namun, Solari enggan terlalu memikirkan kejuaraan itu terlalu awal memandangkan perjalanan liga musim ini masih lagi panjang selain mahu barisan pemain sentiasa fokus aksi-aksi yang akan datang dan tetap menghormati pasukan lawan dalam setiap perlawanan.

Pemain JDT meraikan kejayaan menewaskan KDA FC 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad. — Facebook/ Johor Southern Tigers

“Saya rasa masih terlalu awal untuk bercakap mengenai kejuaraan dan kita dah bermain dengan banyak pasukan yang bagus tetapi kita tetap menampilkan permainan yang cemerlang.

“Kami ingin terus menampilkan permainan yang bagus, meletakkan idea yang betul dan inilah yang kita ingin jangkakan untuk setiap aksi.

“Tidak kira bermain di laman sendiri atau tempat lain, kita sentiasa menghormati lawan dan keutamaannya adalah bagaimana kita menghormati pasukan sendiri.

“Saya nampak perjalanan yang masih jauh dan apa-apa sahaja boleh berlaku dan sekarang kita memang gembira cuma semuanya masih belum pasti lagi (untuk menang trofi)”, jelasnya.

Dengan kemenangan berterusan JDT meletakkan pasukan itu terus gah di takhta Liga Super dengan 24 mata manakala Kedah di kedudukan ketiga dengan 19 mata ketika ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Fans protes TRW bukan kelab jual kopi, burger, Zamsaham sedia undur diri – Sukan

Next Post

‘ALLAH masih sayang’, Khalid Jamlus terselamat nahas bas – Sukan

Related Posts