‘My demand is not easy’, Pan-gon dedah pengorbanan Harimau Malaya julang kejayaan – Sukan


PASUKAN Harimau Malaya menepati ramalan mara ke peringkat semi final selepas menundukkan Singapura 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Harimau Malaya memperoleh jaringan daripada Darren Lok (minit ke-36), Stuart Wilkin (minit ke-50 dan ke-55) serta Sergio Aguero (minit ke-82).

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon berbangga dan menyifatkan anak-anak buahnya berhasil menunjukkan potensi sebenar masing-masing di atas padang.

“Saya sangat gembira dengan persembahan mereka pada malam ini yang bermain bersemangat di depan lebih 60,000 penyokong.

“Mereka berjaya mencungkil potensi diri masing-masing. Mereka semua ada bakat dan kemahiran tersendiri. Hari ini, mereka tunjukkan kebolehan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Stuart Wilkin dinobatkan sebagai Man of the Match dalam perlawanan menentang Singapura apabila mencetak dua gol — Facebook/ FAM

Sementara itu, ketika ditanya adakah beliau memberi tekanan kepada pemain susulan kekalahan kepada Vietnam tempoh hari, Pan-gon berkata, dia enggan meletakkan bebanan sedemikian kepada mereka.

“Saya tidak menekan mereka, mereka bermain untuk penyokong. Saya beri mereka kebebasan untuk bermain,” katanya.

Tambah Pan-gon, dia dapat melihat keghairahan anak-anak buahnya untuk mengejar mata kemenangan selepas tewas 0-3 dengan The Golden Stars Warriors tempoh hari.

“Mereka berusaha bersungguh-sungguh sejak lima minggu lepas. My demanding is not easy (Kehendak saya bukan senang untuk dilaksanakan)

“Mereka berjauhan daripada keluarga…banyak pengorbanan perlu dilakukan pemain tapi dalam tempoh singkat, saya nampak mereka begitu dahagakan kejayaan,” katanya.

Darren Lok memecah kebuntuan Malaysia mencari gol selepas meledak jaringan sulung pada minit ke-35. — Bernama

Sementara itu, Stuart Wilkin yang dinobatkan sebagai Man of the Match pada perlawanan itu turut berterima kasih kepada barisan kejurulatihan yang meletakkan kepercayaan kepada para pemain.

“Mereka percaya mana-mana pemain yang diberi kepercayaan untuk turun bermain dapat memberi persembahan membanggakan buat peminat,” katanya.

Katanya lagi, dia dan rakan sepasukan akan terus memperbaiki mutu persembahan.

“Saya akan ambil nasihat jurulatih serta rakan sepasukan yang memiliki banyak pengalaman beraksi bersama skuad kebangsaan.

“Untuk perlawanan seterusnya, kami perlu bersedia dengan cabaran yang menunggu. Kami akan cuba buat yang terbaik dan menikmati perlawanan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Siap ucap selamat tinggal, penyerang versatil hampir pasti gegar gawang lawan Sang Kenari – Sukan

Next Post

Tiada lagi isu pinjam kanvas, TMJ percaya lebih banyak berita baik sukan negara menyusul – Sukan

Related Posts