MUSA mahu ambil alih Melaka United pada musim depan – Sukan


BERMULA pada musim depan, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) akan mengambil alih semula pasukan bola sepak negeri itu.

Memetik laporan portal Melaka Hari Ini, keputusan itu dibuat bagi memastikan skuad Hang Tuah tidak lagi terkubur susulan masalah gaji yang berlaku dengan pengurusan ketika ini.

Presiden MUSA, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata, isu itu akan dibincangkan secara terperinci bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dalam masa terdekat.

“Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Mohd Ali memandang serius perkara yang berlaku dan akan mengadakan pertemuan bersama pihak Kenteam Sdn Bhd sendiri untuk mencari penyelesaian terbaik.

“Untuk tahun 2023, saya sendiri akan melantik peguam untuk menyediakan perjanjian yang mana saya akan pastikan MUSA menjadi pemilik 40 peratus saham dan baki 60 peratus lagi akan dipecahkan kepada empat syarikat swasta baharu yang tidak lagi melibatkan Kenteam Sdn Bhd.

“Kita akan berbincang secara terperinci bersama Exco dan semua yang terlibat sama ada akan menukar nama baharu untuk pasukan bola sepak Melaka tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Kongres Luar Biasa MUSA di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Presiden MUSA Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Naib Presiden MUSA, Datuk Khairi Anuar Ahmad dan barisan Jawatankuasa MUSA.

Pada kongres itu, Nur Azmi turut mengumumkan Datuk Karim Yaacob sebagai Setiausaha Agung MUSA yang baharu.

Mengulas mengenai isu tunggakan gaji pemain dan pegawai MUFC, Nur Azmi berkata, pihaknya meminta Kenteam Sdn Bhd untuk menyelesaikan segala tunggakan gaji yang berlaku memandangkan MUSA sama sekali tidak terlibat berkaitan aspek pembayaran.

Perkara itu, katanya, termaktub dalam klausa yang ditandatangani Datuk Seri Justim Lim ketika mengambil alih pasukan itu pada 14 Ogos 2020.

“Dalam perjanjian oleh KenTeam Sdn. Bhd. sewaktu mengambil alih MUFC, nama MUSA tidak tertera sebaliknya atas nama seorang individu dengan saham 30 peratus manakala 70 peratus milik syarikat terbabit.

“Sebenarnya, bila saya lihat surat perjanjian yang ditandatangani itu banyak perkara-perkara berkaitan pasukan tidak melibatkan MUSA. Ini yang menjadi pelik kerana perjanjian itu sangat longgar.

“Jadi, untuk akan datang, kita akan cuba untuk menjadi lebih transparent supaya tiada lagi isu berulang timbul membabitkan pasukan Melaka,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Zamsaham buka pekung, KAFA sahkan terima surat – Sukan

Next Post

Ini perlawanan hidup mati – Zainal Abidin – Sukan

Related Posts