‘Mungkin dia turunkan harga’, TMJ ulas gaji lumayan Teong Kim – Sukan


“SAMA ada Perak FC betul-betul kaya atau dia (Lim Teong Kim) dah turunkan gaji sebab dia dah tiada kerja.

Itu respons ringkas pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap isu bayaran gaji Lim Teong Kim yang dikatakan antara paling mahal dalam Liga Malaysia (Liga M).

Pada Selasa lepas, Perak FC dalam satu kenyataan mengumumkan Lim Teong Kim, yang merupakan bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sebagai ketua jurulatih skuad Seladang berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail berkata, baginda percaya Teong Kim akan memberikan yang terbaik untuk skuad The Bos Gaurus.

“Dia dianggap antara jurulatih terhandal di Malaysia dan saya yakin dia akan buat yang terbaik untuk Perak FC.

“Dengan kemasukan jurulatih itu dan pertukaran jurulatih antara kelab-kelab dalam Liga M, sudah tentu liga akan semakin kompetitf.

“Ini sekali gus akan perbaiki Liga M secara keseluruhan dan kualiti setiap pemain dalam negara,” katanya ketika sesi soal jawab bersama kelab peminat JDT yang disiarkan secara langsung di Facebook Johor Southern Tigers pada Selasa.

Tunku Ismail ketika sesi soal jawab bersama kelab peminat JDT yang disiarkan secara langsung di Facebook Johor Southern Tigers pada Selasa.

Teong Kim menggantikan tempat Yusri yang mula mengemudi pasukan berkenaan pada awal musim 2022.

Pengendali berusia 59 tahun itu menandatangani kontrak dua tahun dengan Perak FC, yang mana kelab itu mempunyai pilihan untuk memperbaharui kontrak selama setahun lagi.

“Teong Kim menyatakan bahawa beliau ingin membantu membawa perubahan struktur kepada cara bola sepak dikendalikan di Malaysia,” tulis kenyataan itu.

Bekas pengarah Akademi Mokhtar Dahari itu bukan nama asing dalam Liga Malaysia dan dengan pengalaman 12 tahun melatih skuad Bawah 19 Tahun (B-19) Bundesliga, Bayern Munich sekali gus membawa perubahan kepada Perak FC musim depan.

Antara nama-nama besar yang pernah dilatih Teong Kim ialah Thomas Muller, David Alaba, Toni Kroos dan Emre Can.

Pengarah Urusan Action Football Asia (AFA), Effendi Jagan Abdullah berkata, sebelum ini Teong Kim pernah meminta bayaran 70,000 hingga 80,000 euros (RM327,000-RM374,000) sebulan seperti didedahkan Tunku Ismail, sekali gus menyaksikan bayaran gaji jurulatih terbabit bukanlah murah.

Beliau berkata, kemungkinan jumlah dibayar Perak FC tidaklah mencapai angka berkenaan, namun boleh mencecah enam angka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lambakan pemain ‘mi segera’ rugikan bakat tempatan – Sukan

Next Post

TMJ ‘gentle’ jawab 3 teka-teki peminat – Sukan

Related Posts