Mula sertai latihan, Fadhil Wahab ‘update’ status kecederaan 3 bek utama Sang Penyu – Sukan


CABARAN besar menanti Terengganu FC dalam perlawanan akhir Piala Malaysia Jumaat ini apabila mereka bakal berdepan juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jali, Kuala Lumpur.

Prestasi tidak menentu pasukan itu di peringkat domestik dan Asia menyebabkan penyokong mula gusar akan peluang dalam pertembungan berkenaan.

Kekalahan 0-4 dialami ketika berdepan Sabah FC di laman sendiri menjadi petanda bahawa benteng pertahanan Sang Penyu semakin goyah.

Tidak cukup dengan itu, kegagalan untuk membawa tiga mata penuh ketika berdepan Central Coast Mariners selepas dibolosi pada minit-minit akhir permainan turut menceritakan mengenai situasi semasa Terengganu FC.

Situasi berkenaan semestinya menjadi kayu ukur buat penyokong kelab Pantai Timur tersebut yang menyedari nasib seakan-akan tidak menyebelahi mereka.

Skuad Sang Penyu sedang bersiap sedia untuk perlawanan akhir Piala Malaysia. — Facebook/Terengganu FC

Namun, di sebalik rasa kurang senang itu, mereka baru-baru ini menerima satu perkhabaran baik berdasarkan foto di padang latihan pasukan.

Gambar yang dimuat naik di laman media sosial kelab tersebut memaparkan Shahrul Nizam Ros Hasni, Azam Azmi Murad dan Safwan Mazlan sudah kembali berlatih selepas mengalami kecederaan sebelum ini.

Ketiadaan mereka dikatakan punca di sebalik kegoyahan benteng skuad Sang Penyu yang tidak mencatatkan sebarang ‘clean sheets’ daripada lima perlawanan terakhir dalam kesemua pertandingan.

Jadi, kepulangan masing-masing sememangnya diraikan menjelang aksi menentang JDT dalam usaha Terengganu FC menamatkan penantian lebih 10 tahun untuk mendakap kejayaan.

Namun, timbul persoalan mengenai tahap kesediaan masing-masing untuk turun beraksi memandangkan ketiga-tiga daripada mereka sudah tidak bermain untuk kira-kira tiga perlawanan.

Shahrul Nizam (kiri) merupakan antara yang sudah kembali berlatih bersama skuad Sang Penyu. — Facebook/Terengganu FC

Menurut pengurus pasukan, Fadhil Wahab, keberadaan Azam, Shahrul serta Safwan untuk diturunkan pada Jumaat ini hanya boleh ditentukan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner.

“Jika keadaan mereka ini membolehkan mereka memberikan komitmen sepenuhnya, maknanya mereka bersedia untuk diturunkan.

“Insya-ALLAH, kita dalam tempoh semakin hampir ni, kita akan cuba pastikan semua pemain kita dalam keadaan bersiap-sedialah,” katanya kepada Majoriti.

Musim ini, Azam dan Shahrul Nizam merupakan pilihan utama Tomislav dalam barisan pertahanan Terengganu FC dengan masing-masing merekodkan 19 dan 21 penampilan Liga Super.

Walaupun kehadiran mereka tidak dapat memacu kedudukan skuad Sang Penyu ke kedudukan lebih baik, kehadiran mereka banyak memberi pengaruh dalam gaya permainan pasukan.

Alif menerima rawatan selepas kecederaan dialaminya beberapa minggu lalu. — Facebook/Terengganu11

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai status kecederaan Alif Zakaria, Fadhil berkata, bek kiri Sang Penyu tersebut masih dalam pemerhatian.

“Dia masih dalam proses rawatan lagi. (Tahap kesediannya) juga bergantung kepada keadaan mengizinkan, jika kita berasakan dia perlu (bermain), mungkin kita perlu lihat keadaan kini,” katanya.

Alif sebelum ini mengalami kecederaan dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia menentang KL City FC di laman sendiri sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Kehilangannya menyaksikan skuad Sang Penyu perlu meletakkan Arif Fadzilah di posisi berkenaan dengan dia kurang memberikan impak seperti mana diharapkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ingreso tinggalkan Sri Pahang, Liga Thailand jadi destinasi sasaran – Sukan

Next Post

Tonik Piala Malaysia sandaran Yusri Che Lah jinakkan Sabah FC – Sukan

Related Posts