Mula kemarau gol, Lukaku pening kepala tembus pertahanan Juventus

PENYERANG Chelsea, Romelu Lukaku gagal membantu Chelsea meraih kemenangan ke atas Juventus sewaktu tewas 0-1 dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal Khamis.

Dalam perlawanan berkenaan, Lukaku hanya mampu membuat empat percubaan dan satu rembatan ke arah pintu gol.

Malahan Lukaku juga merupakan pemain dalam kesebelasan utama Chelsea mempunyai peratusan penguasaan bola yang paling rendah iaitu hanya 28 sentuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lukaku silap besar patah balik ke Chelsea

ARTIKEL BERKAITAN: Lukaku punya pasal, Chelsea terpaksa lelong enam pemain

Pemain Belgium itu tampak sukar untuk melepaskan diri daripada kawalan bek tengah Juventus, Leonardo Bonucci sepanjang 90 minit perlawanan.

Bonucci berjaya melakukan tiga clearance dan empat interception serta tidak melakukan sebarang bentesan dalam perlawanan tersebut.

Lukaku gagal merekodkan sebarang jaringan dalam dua perlawanan terakhir setakat ini selepas The Blues tewas kepada Manchester City pada Sabtu lalu juga dengan jumlah jaringan sama.

Gol tunggal Juventus disumbangkan oleh pemain sayap, Federico Chiesa pada minit ke-46.

Meskipun Chelsea menguasai permainan namun masih gagal untuk menembusi barisan pertahanan Bianconeri. Chelsea hanya mampu membuat satu percubaan tepat ke arah gawang.

Kemenangan itu meletakkan Juventus mendahului kedudukan dalam kumpulan H dengan enam mata manakala Chelsea di tempat kedua. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sepi tanpa khabar berbulan lamanya, peninju wanita umum bersalin anak pertama

Next Post

Djokovic tarik diri Terbuka BNP Paribas

Related Posts