Mukhairi Ajmal, Nooa Laine tersisih lawan Kyrgyzstan dalam senarai awal 23 pemain – Sukan


DUA pemain tengah Harimau Malaya, Nooa Hamzah Laine dan Muhammad Mukhairi Ajmal tidak tersenarai dalam 23 pemain yang akan memulakan aksi menentang Republik Kyrgyz di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.

Senarai awal 23 pemain itu tersebar di media sosial dengan Mohamadou Sumareh dan Muhd Afiq Fazail turut tersenarai pada perlawanan itu.

Dengan ketiadaan Nooa pastinya penyokong-penyokong Harimau Malaya boleh menjangkakan bahawa ada pertukaran taktikal di bahagian tengah Harimau Malaya.

Gandingan Afiq Fazail, Endrick dos Santos dan Paulo Josue pastinya menjadi idaman penyokong untuk menggemudi bahagian tengah menentang pasukan yang berada di ranking ke-97 dunia itu.

Sekembalinya Shahrul Saad dalam kem kebangsaan pastinya menolak Dominic Tan ke bangku simpanan selepas penyokong kelihatan masih trauma dengan kesilapan dilakukan tonggak utama Sabah FC itu dalam final Pestabola Merdeka pada bulan lalu.

Senarai awal 23 pemain dalam perlawanan pada Khamis.

Sebelum ini, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mensasarkan untuk menjadikan Harimau Malaya sebagai 18 pasukan terbaik di Asia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027.

Bercakap di sidang media perlawanan pembukaan menentang Republik Krgyz di Wisma FAM, Pan-gon mengatakan sasaran utama adalah untuk mara sehingga ke pusingan ketiga untuk mengintai peluang ke Piala Dunia.

“Setiap tahun, kita akan hadapi pelbagai perlawanan tetapi untuk Piala Dunia, ia cuma empat tahun sekali. Bagi saya, Piala Dunia yang dahulu dan kemudian barulah Piala Asia.

Pan-gon bersama Matthew Davies semasa sidang media perlawanan pembukaan menentang Republik Krgyz di Wisma FAM pada Rabu. — Facebook/FAM

“Ia adalah satu cabaran besar buat kami untuk mara ke peringkat akhir kelayakan. Saya mahu menjadikan pasukan ini antara 18 terbaik di Asia,” kata Pan-gon.

Untuk info, skuad kebangsaan perlu menjadi dua pasukan terbaik untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan.

Kemudian, sebanyak 18 negara akan merebut lapan slot secara automatik ke Piala Dunia dengan satu tempat lagi akan direbut dalam pusingan play-off antara benua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wakil KDA FC mahu ‘risik’ bintang naturalisasi Kyrgyzstan, klu import baharu Sang Kenari? – Sukan

Next Post

[VIDEO] Empat legenda TRW kongsi kisah Awe jadi ‘budak degil’ Kelantan – Sukan

Related Posts