‘MU makin menjadi-jadi, kena hati-hati’ — Dollah Salleh – Sukan

PERLAWANAN antara Sri Pahang dan Melaka United (MU) pada Sabtu ini pastinya menjadi tumpuan apatah lagi kedua-dua pasukan dalam misi memburu kemenangan.

Melaka United mahu menebus kegagalan mengutip tiga mata sebelum ini manakala Sri Pahang pula mahu mengekalkan rekod tanpa kalah mereka buat kali keempat.

Mengulas mengenai perlawanan pada Sabtu ini, pengendali Sri Pahang, Datuk Dollah Salleh mengakui, menentang MU bukanlah sesuatu yang boleh dipandang rendah apatah lagi dengan momentum pasukan itu yang sangat baik ketika ini.

“Sejak beberapa perlawanan sebelum ini, MU yang di bawah kendalian Mohd Asri Ninggal memang sangat menjadi-jadi. Sebab itu kita kena berhati-hati dan perlu mencari kekuatan mereka.

Sri Pahang akan cuba merantai pergerakan kapten MU, Sony Norde (kiri). — Facebook/Melaka United Football Club.

“Mereka juga mempunyai pemain import yang cukup baik iaitu Ifedayo Olusegun dan Sony Norde. Semestinya kita fokus kepada mereka. Kita sudah sediakan perancangan untuk mengekang kedua-dua pemain ini,” katanya kepada Majoriti.

Menurut Dollah, satu lagi kelebihan yang dimiliki oleh MU adalah bermain di tempat sendiri dan menjangkakan jumlah kehadiran penyokong yang ramai.

Disebabkan itu kata Dollah, dia meminta pemainnya beraksi sama seperti melawan PJ City pada Selasa lalu.

“Kita kena ada disiplin seperti menentang PJ City dan insyaALLAH kita boleh buat. Saya tak nak cakap kita boleh menang atau kalah.

“Yang penting kita memang nak buat sesuatu. Lagipun Sri Pahang dah ada banyak peningkatan. Cuma nak kekalkan momentum itu bukan senang,” katanya.

Sri Pahang sedang memburu kemenangan keempat berturut-turut. — Bernama

Menerusi perlawanan menentang PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor, Tok Gajah menang dengan keputusan 3-0.

Kesemua gol dijaringkan menerusi Abdul Malik Mat Ariff, Steven Rodriguez dan Manuel Hidalgo. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

‘Jumpa di mahkamah’ — CEO Perak FC mahu saman portal sukan – Sukan

Next Post

Ujian getir King’s Cup 2022, Pan-gon kongsi strategi Harimau Malaya – Sukan

Related Posts