MRI sahkan Shah Firdaus tak alami kecederaan rusuk

BERITA gembira daripada kem lumba basikal negara apabila pelumba muda negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom disahkan tidak mengalami sebarang keretakan pada tulang rusuknya.

Anggota Pengurusan Eksekutif UCI Datuk Amarjit Singh berkata keputusan Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) mengesahkan perkata terbabit.

“Selepas MRI dijalankan, kami boleh sahkan bahawa dia tidak mengalami keretakan pada rusuknya. Ini satu kelegaan buat kita semua.

“Kita menunggu pasukan @isnmalaysia untuk mengkaji situasi dan berbincang mengenai persiapan untuk hari esok.

“Doakan kejayaan Malaysia!,” tulisnya di laman Facebook.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Shah Firdaus terdahulu mengalami kecederaan apabila terjatuh setelah diasak pemain lain ketika berlumba di pusingan pertama.

Dia bagaimanapun berjaya mengatasi kesakitannya untuk bangkit memenangi tempat ke dua di cabaran repechage seterusnya mengiringi jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.

Azizulhasni yang digelar The Pocket Rocketman mendapat tempat pertama di pusingan pertama heat ketiga.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Shah Firdaus dikejarkan ke hospital, mungkin alami patah rusuk

Next Post

0.01 saat yang perit buat Great Britain, kena troll lepas kalah kepada Itali di Olimpik

Related Posts