Misi ‘triple hattrick’, TMJ mahu JDT tundukkan NSFC, Kedah dan Sabah – Sukan


BERBAKI lima perlawanan bermula dengan perlawanan menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Ibrahim pada hujung minggu ini, Johor Darul Takzim (JDT) masih memiliki lima perlawanan musim ini untuk merealisasikan kejayaan luar biasa yang tidak pernah tercapai oleh mana-mana pasukan sebelum ini.

Lebih menarik, kejayaan JDT pada musim ini bukan sahaja diukur melalui skuad utama mereka bahkan melalui pasukan akademi yang merangkul 12 kejuaraan di pelbagai peringkat usia dan pertandingan sepanjang tahun 2022.

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata, tahun ini merupakan tahun yang gemilang buat JDT dengan pelbagai kejayaan dari pasukan senior hingga ke pasukan junior.

Begitupun, titah baginda menerusi satu kenyataan pada Khamis, perjuangan JDT masih belum tamat dan apa-apa pun boleh berlaku dalam bola sepak.

“Kelab ini akan terus berusaha untuk mencapai lebih kejayaan, dan kami memerlukan sokongan daripada semua di dalam keluarga JDT baik pengurusan, barisan kejurulatihan, para pemain, staf dan penyokong untuk menyempurnakan musim ini dengan lebih bergaya.

“Kita sudah memenangi sembilan trofi setakat ini dalam tahun 2022, dengan Akademi JDT menyumbang tujuh daripadanya — termasuk JDT III memenangi Piala Presiden (B21) buat pertama kali,” katanya.

Lebih menarik lagi, skuad JDT II turut berada di ambang kejuaraan Liga Perdana dan berkemungkinan akan dinobatkan sebagai juara pada Jumaat ini.

“JDT II pula boleh dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Jumaat ini.

Skuad senior di landasan mencipta rekod memenangi Liga Super buat kali kesembilan. — Facebook

“Pasukan senior yang berjaya mencipta sejarah layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara AFC pula kini dalam landasan mencipta rekod memenangi Liga Super buat kali kesembilan.

“Ini sesuatu yang saya percaya sukar untuk ditandingi. A triple hattrick!. Ia adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku,” tambah TMJ.

Titah Tunku Ismail lagi, JDT masih ada lima lagi perlawanan untuk merangkul kejuaraan, tetapi apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

“Kami memerlukan setiap sokongan daripada penyokong dan seluruh Keluarga JDT dalam baki perlawanan untuk mencapai matlamat kami iaitu triple hattrick.

“Jumpa anda semua di perlawanan home akan datang — Negeri Sembilan, Kedah dan Sabah!,” katanya kenyataan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

FAM, NSFC ditawar guna 2 padang bola berkelas dunia – Sukan

Next Post

‘No pain, no gain’, Teong Kim titip teguran buat pemain Perak FC – Sukan

Related Posts