Misi sukar menanti pemain Terengganu FC menentang skuad The City Boys — Nafuzi – Sukan


PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain akui misi sukar menanti pemain di Stadium Cheras pada Ahad.

Pertembungan dengan Kuala Lumpur City (KL City) FC pada pusingan suku akhir Piala Malaysia di tempat lawan itu disifatkan beliau sebagai tugas berat yang menagih kerja keras daripada setiap pemain.

Menurut jurulatih muda berusia 44 tahun itu, skuad bimbingan Bojan Hodak pastinya telah bersiap sedia dengan barisan skuad utama untuk mempertahankan trofi Piala Malaysia yang dimenangi tahun lepas.

“Cabaran suku akhir lebih berat dan sukar untuk TFC kerana bakal berdepan KL City iaitu juara Piala Malaysia musim lepas. Tentangan pasti sengit kerana mereka akan berusaha sedaya upaya mempertahankan gelaran itu.

“Apatah lagi KL City kini berada dalam keadaan motivasi terbaik selepas berjaya meraih gelaran naib juara Piala Konfederasi Asia (AFC) 2022 bulan lalu,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu Jumaat petang.

Nafuzi berkata berkemungkinan besar akan menurunkan barisan pemain utama yang biasa. — Gambar Facebook/TerengganuFC

Ketika ditanya mengenai kesebelasan utama skuad Penyu pada perlawanan itu nanti, Nafuzi berkata beliau berkemungkinan besar akan menurunkan barisan pemain utama yang biasa.

Bagaimanapun kata jurulatih kelahiran Kelantan itu, terdapat sedikit perubahan di bahagian pertahanan apabila tonggak utamanya, Shahrul Nizam Ros Hasni tidak dapat beraksi selepas menerima layangan kad merah pada pertemuan dengan Sri Pahang FC tempoh hari.

“Ketiadaan Nijey (Shahrul Nizam) memang akan dirasai kerana dia antara tonggak utama skuad Penyu musim ini.

“Tetapi saya yakin pemain yang diberi peluang beraksi menggantikan dia (Shahrul Nizam) dapat menggalas dan melaksanakan tugas dengan baik,” katanya yang pernah membantu Terengganu menjulang Piala Malaysia pada 2001.

Selain itu, Nafuzi berkata sandaran juga diletakkan pada penjaga gol, Suhaimi Hussin yang menunjukkan peningkatan prestasi dalam setiap perlawanan yang disertai. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tak kembali ke pangkuan TFC? Bintang HM jadi rebutan 2 kelab Liga Super – Sukan

Next Post

Menyinggung sensitiviti, 5 permainan video yang penuh dengan kontroversi – Sukan

Related Posts