Mirip Casper! Maskot Piala Dunia 2022 Qatar cetus kontroversi… betul ke ‘simbolik’ pekerja asing yang meninggal di sana?

“ADAKAH maskot #Qatar2022 ini adalah hantu dari semua orang yang meninggal ketika pembinaan stadium?” cuit akaun twitter @greyghostx.

Untuk makluman, selama 10 tahun terakhir, Qatar telah membangunkan beberapa projek besar-besaran termasuk stadium, hotel dan kemudahan untuk orang awamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Piala Dunia 2022: Sepanyol bertembung Jerman peringkat kumpulan

Di sebalik pembinaan itu, dipercayai terdapat kira-kira 6,400 pekerja asing meninggal dunia sehingga menyebabkan Qatar dikritik sebagai negara yang mengeksploitasi golongan terbabit.

“Lebih daripada 6,500 warga asing meninggal dunia di Qatar sejak mereka berjaya menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia,” kata @BenjAlvarez1.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah, Pemasaran, Komunikasi dan Pengalaman Kejohanan Jawatankuasa Tertinggi bagi Penyampaian dan Warisan Khalid Ali Al Mawlawi berkata, setiap orang bebas menafsirkan rupa bentuk maskot yang dikenali La’eeb.

Netizen mempersoalkan maskot Piala Dunia Qatar.

Terdahulu, FIFA menjelaskan maskot yang dibuat dengan tema ‘Now is All’ tersebut ingin mendorong semua orang untuk percaya pada diri mereka sendiri.

Selain itu, maskot La’eeb juga simbol bahawa bola sepak dapat membawa kegembiraan kepada semua orang.

“Kami gembira memperkenalkan La’eeb sebagai maskot rasmi untuk Piala Dunia FIFA pertama di Timur Tengah dan Arab. Dia berasal dari maskot-verse iaitu tempat yang tak terlukiskan. Kami mendorong semua orang untuk membayangkannya seperti rekaannya,” kata Khalid.

Maskot yang diberi nama La’eeb dilancarkan semasa pengundian final Piala Dunia Qatar 2022 pada Jumaat di Doha, Qatar.

La’eeb dalam bahasa arab diartikan sebagai ‘pemain yang sangat berkebolehan’ dan ia dibuat dengan mengenakan kain putih yang memakai igal di kepalanya. – Kompas.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hope Solo ditahan memandu dalam keadaan mabuk, bahayakan nyawa anak kembar

Next Post

Penyerang Everton gembira peraga beg tangan Chanel, denim

Related Posts