Mike Tyson jual ‘ganja’ berbentuk telinga sebagai simbolik gigitan Evander Holyfield

WALAUPUN masih terlibat dalam dunia tinju, Mike Tyson yang kini berusia 55 tahun sedang membina empayar perniagaan menerusi perniagaan ganja rekreasi di California.

Malah dia juga memiliki ladang ganja yang besar dan menjual produk di bawah jenama Tyson Holistic.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang Juventus dedah Ronaldo suka ‘jenguk’ pinggan rakan sepasukan, beri nasihat mengenai pemakanan

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Abramovich berlanjutan, Xavier Simons bakal tinggalkan Chelsea

Produk terbaharunya adalah suplimen yang menjadi simbolik kepada momen paling kontroversinya dalam gelanggang tinju semasa pertarungan kedua menentang Holyfield pada 1997.

Menerusi laman Instagram miliknya, Tyson memperkenalkan gula-gula suplemen yang direka khas dikenali sebagai ‘Mike Bites’.

Tyson kini menjual ‘telinga’ yang menjadi simbolik perlawanan kontroversinya dahulu.

Perlawanan itu diingati sebagai ‘The Bite Fight’ dan kekal sebagai salah satu acara sukan paling pelik yang pernah disaksikan.

Dia berharap keuntungan yang diperoleh dapat menebus kesilapan besarnya yang dilakukan pada masa lalu berikutan dia dipaksa membayar £2.3m (kira-kira RM12.7 juta).

Aksi gigitan telinga ketika perlawanan Tyson dah Holyfield.

Malah, Tyson juga digantung lebih setahun kerana menyebabkan insiden itu yang membawa kepada pergaduhan antara kedua-dua pasukan. – Daily star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts