Mike Tyson hilang sabar, tumbuk penumpang ‘tak faham bahasa’ dalam pesawat gara-gara jengkel selalu diganggu

SEBUAH video yang tular di media sosial menunjukkan bekas juara tinju heavyweight, Mike Tyson berulang kali menumbuk seorang penumpang di dalam pesawat, nyata mengejutkan ramai.

Difahamkan, insiden berlaku di dalam sebuah pesawat yang hendak berlepas dari San Francisco.

Legenda tinju itu dilaporkan jengkel dengan cubaan seorang penumpang lelaki yang tanpa henti mahu bercakap dengannya.

Sebelum insiden itu berlaku, penumpang lelaki berkenaan yang duduk di belakang Tyson bercakap dan cuba menarik perhatiannya berkali-kali manakala bekas peninju itu hanya diam.

Laporan TMZ mengatakan bahawa Tyson pada mulanya melayani penumpang tersebut dengan mesra tetapi mula jengkel selepas lelaki itu ‘tidak berhenti melakukan provokasi’.

Sebuah laman web tabloid juga melaporkan bahawa sumber yang rapat dengan Tyson mendakwa penumpang itu mabuk dan telah mengganggu Tyson, walaupun bekas peninju berusia 55 tahun itu merayu supaya lelaki itu berhenti berbuat demikian.

Tyson akhirnya hilang sabar sebelum menumbuk penumpang lelaki berkenaan berkali-kali, sehingga mengakibatkannya mengalami kecederaan pada muka.

Tyson dilaporkan telah keluar dari pesawat tersebut sebelum ia berlepas ke Florida. – India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Peninju mahu padam sejarah hitam, menyesal tiduri lebih 500 wanita

Next Post

Alami sawan, tiba-tiba jadi agresif… Bekas pemain ragbi buka cerita mengenai gegaran otak

Related Posts