Michael Schumacher masih tersenarai 10 atlet terkaya dunia selepas 8 tahun terbabit kemalangan

MICHAEL Schumacher masih merupakan antara 10 atlet terkaya di dunia walaupun terpaksa membelanjakan sejumlah besar hartanya untuk rawatan perubatan, baru-baru ini.

Sudah lebih lapan tahun sejak legenda Formula Satu (F1) itu mengalami kecederaan di kepala ketika kemalangan meluncur ski di Perancis, pada 2013

Keadaan Schumacher dirahsiakan daripada orang ramai, tetapi pelbagai laporan mendakwa bahawa beliau masih lumpuh dan hampir tidak dapat bergerak atau berkomunikasi dengan baik.

Selepas bangkit daripada koma akibat perubatan enam bulan selepas kemalangan itu, Schumacher menjalani pemulihan di rumahnya di Switzerland.

Difahamkan keluarganya tidak berbelanja dalam melakukan semua yang mereka boleh lakukan untuk membantu pemulihannya, dan menurut Wealthy Gorilla yang menyusun data daripada Forbes and Celebrity Net Worth bahawa beliau masih berada di antara 10 atlet terkaya di dunia.

Nilai kekayaan Schumacher berjumlah AS$600 juta (RM2.5 bilion).

Sementara itu, legenda bola keranjang, Michael Jordan pada masa ini dianggap sebagai atlet terkaya di dunia dengan nilai bersih yang dilaporkan sebanyak AS$2.2 bilion (RM.9.2 bilion).

Jordan bukan sahaja merupakan salah seorang pemain NBA yang paling terkenal dan berjaya, tetapi jenama pakaian Air Jordannya adalah antara yang popular dalam semua sukan. – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Pemain Tammy Abraham rempuh kereta, beberapa minggu selepas disaman pandu laju

Next Post

Covid-19: Aksi separuh akhir pertama Liverpool-Arsenal ditunda

Related Posts