Messi tak layak menang Ballon d’Or – Ibrahimovic

ZLATAN Ibrahimovic mendedahkan bahawa dia tidak fikir Lionel Messi layak diumumkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2021.

Messi dari Argentina memenangi anugerah Ballon d’Or iaitu anugerah untuk pemain terbaik dunia buat kali ketujuh pada Isnin.

Bagaimanapun, beberapa bintang bola sepak dan pemain industri mendakwa terdapat pemain-pemain lain yang lebih layak merangkul anugerah itu tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Messi menang anugerah Ballon d’Or

Kebanyakannya berpendapat bahawa penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski sepatutnya dijadikan sebagai pemenang.

Ibrahimovic merupalan salah seorang yang menyatakan Lewandowski sepatutnya menerima anugerah Ballon d’Or pada tahun ini.

Dalam temu bual dengan Corriere della Sera, Ibrahimovic mengulas mengenai hubungannya dengan Messi berkata: “Seorang yang profesional. Leo hidup untuk bola sepak.

“Tetapi Lewandowski layak menerima Ballon d’Or tahun ini,” katanya.

Lewandowski menjaringkan 64 gol dalam 54 perlawanan, masing-masing untuk kelab Bayern Munich dan skuad kebangsaan Poland pada 2021 serta memenangi gelaran Bundesliga kesembilan. – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts