Messi rindu segala-galanya tentang Barcelona, mahu kembali ke kelab lama selepas tamat kontrak bersama PSG

LIONEL Messi memaklumkan dia akan kembali ke Barcelona sebaik sahaja kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) berakhir.

Messi dikatakan ‘bergelut’ untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di ibu negara Perancis dan mengakui dia ‘merindui segala-galanya’ tentang kehidupan lamanya di Sepanyol.

Messi menghabiskan kariernya selama lebih daripada dua dekad di Barcelona sebelum menyertai PSG pada Ogos lalu.

Dalam temu bual dengan media Sepanyol, Sport, pemain berusia 34 tahun itu berkata: “Saya tidak tahu bila kontrak saya dengan PSG akan tamat.

“Tetapi apa yang pasti, kami akan tinggal di Barcelona dan kehidupan kami akan berada di sana. Itulah yang isteri saya dan saya sendiri mahukan,” katanya.

Messi turut menyuarakan keinginannya untuk memainkan peranan sebagai pengarah teknikalnya di kelab Catalan tersebut pada masa akan datang. – Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Aguero disahkan hidap masalah jantung, masih dipantau di hospital

Next Post

Antonio Conte dilantik pengurus baharu Tottenham

Related Posts