Messi rancang mahu berhijrah ke Inter Miami pada 2023?

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi dilaporkan merancang untuk menandatangani kontrak dengan Inter Miami pada 2023.

Jika spekulasi tersebut sahih, pemain berusia 34 tahun itu akan kehilangan rakan penyerang utama Kylian Mbappe dalam beberapa minggu akan datang.

Mbappe dikatakan hampir pasti menandatangani kontrak bersama Real Madrid.

Menurut wartawan DirectTV Sports, Alex Candal, Messi akan mengikut jejak Mbappe meninggalkan kelab gergasi Ligue 1 itu pada akhir kontraknya.

Laporan tersebut mendakwa bahawa pemain antarabangsa Argentina itu akan berhijrah ke Inter Miami dan juga memperoleh 35 peratus saham dalam bahagian MLS, yang kini dipunyai David Beckham, Jorge Mas dan Jose Mas.

Inter Miami mengharungi satu lagi musim mengecewakan di mana kelab itu menduduki tangga kedua terbawah dengan hanya mengumpul 11 mata daripada perlawanan mereka. – Sportsmole.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts