Messi pernah pujuk Sadio Mane, ada sebab kenapa tak pilih PSG

LIONEL Messi sudah pasti merupakan salah seorang pemain terbaik dalam arena bola sepak antarabangsa, tetapi dia ‘gagal’ dalam memujuk Sadio Mane untuk meninggalkan Liverpool pada musim panas lalu.

Penasihat Mane, Bacary Cisse mendakwa Messi berminat untuk bergabung dengan Mane pada 2021 ketika dia masih di Barcelona.

Baru-baru ini, Cisse mendedahkan pula bahawa Paris Saint-Germain (PSG), kelab yang kini disertai Messi, turut mendekati Mane.

Cisse memberitahu RMC Sport: “Ya, PSG memang ‘menyasarkan’ Sadio (Mane),” katanya.

Bagaimanapun pemain antarabangsa Senegal itu melengkapkan perpindahan dari Liverpool ke Bayern Munich dengan yuran berjumlah £35 juta (RM188.8 juta) awal bulan ini.

Mane sebelum ini mendedahkan bahawa dia mahu meninggalkan The Reds.

Tetapi Cisse mengatakan bahawa ketidakpastian mengenai masa depan bekas pengarah sukan PSG iaitu Leonardo, yang dipecat pada Mei, menggagalkan perjanjian yang berpotensi untuk Mane. – Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Burung berak atas tangan pemain tenis ketika temubual TV

Next Post

Baru berusia 23 tahun, pelumba F1 kacak dari China sedih jadi mangsa buli

Related Posts